nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Gubahan Barang Hantaran Bertema

Gubahan Barang Hantaran Bertema nurmajlis.com

Pernikahan atau perkahwinan adalah satu ikatan yang suci dan murni di dalam kehidupan setiap insan. Dari itu, untuk menjejaki gerbangnya, adalah elok ianya dilakukan dengan cara beradat iaitu dimulakan dengan merisik, meminang, bertunang, bernikah dan seterusnya persandingan.

Dunia masyarakat Melayu kaya dengan adat warisan nenek moyang zaman berzaman kekal dijadikan ikutan. Sudah menjadi satu kemestian di dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu untuk mengiringi sesebuah pertunangan dan pernikahan dengan barang hantaran. Walaupun adat memberi barang hantaran bukanlah satu kewajipan agama, namun, pemberiannya adalah lebih sebagai tanda saling menghargai serta menghulurkan bantuan bagi melengkapkan keperluan pasangan yang akan atau baru memulakan penghidupan bersama. Bagaimanakah perasaan apabila diberi hadiah? Pasti seronok dan menggembirakan bukan? Ianya merupakan lambang keprihatinan dan kasih sayang daripada orang yang memberi. Selain daripada menghidupkan warisan budaya, ianya penting sebagai pemanis dan pemeriah majlis agar kedatangan dan kepulangan pihak keluarga pengantin tidak dengan tangan kosong. Tidak akan lengkap dan tidak berseri sesebuah majlis tanpa barangan hantaran beradat daripada kedua belah pihak.

Hantaran diibaratkan hadiah seikhlasnya rombongan pihak lelaki dan biasanya akan dibalas pihak perempuan dalam kadar yang lebih jumlahnya. Namun, pada masa kini, jumlah dulang yang diberi atau dibalas tidak lagi menjadi ukuran kerana ramai yang mempraktikkan keseimbangan dan keadilan. Barangan hantaran akan diberi dan dibalas sama jumlahnya agar tidak berat sebelah dan memberatkan keluarga pihak pengantin perempuan. Yang penting ikhlas. Adat memberi dan menerima ini melambangkan satu bab permulaan bagi keluarga masing-masing untuk saling bantu-membantu, menyumbang dan melengkapi keperluan asas bagi pasangan untuk memulakan penghidupan bersama. Bekerjasama dan saling bantu-membantu dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mengukuhkan ikatan silaturrahim.

Di nurmajlis.com, kami menawarkan berbagai tema gubahan hantaran yang digubah dengan cerita atau maksud yang tersendiri dengan penuh makna dan simbolisme. Namun demikian, jika anda mempunyai idea gubahan hantaran tersendiri, kami sedia mendengar dan cuba sedaya mampu merealisasikanya, In Shaa Allah.

Tema gubahan hantaran kami dikategorikan seperti berikut:

  • Tema Melayu – Songket dan Kain Pelekat
  • Tema Arab-Melayu
  • Tema Batik Jawa dan Batik Jawa Kontemporari
  • Tema Klasik Vintage – Country dan Taman Bunga Rustic
  • Tema Warna
  • Tema Budaya – Tionghua, India Muslim, Kaukasia (Sila ziarah gubahan bertema budaya kami)

Kami akan cuba menggayakan gubahan-gubahan ini dengan aksesori yang bersesuaian supaya ianya nampak lebih terserlah, menarik dan unik.

Kami juga cuba mengurangkan kegunaan bahan styrofoam sebanyak mungkin untuk mengurangkan pembaziran, penjejasan negatif pada kesihatan dan pencemaran alam.

Gubahan Barang Hantaran Bertema nurmajlis.com

Sila layari laman *PORTFOLIO kami untuk melihat Gubahan Barang Hantaran Bertema…

Kembali Ke Atas

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi