nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Gubahan Bertema Budaya

Gubahan Barang Hantaran Bertema Budaya nurmajlis.com

Khas untuk mereka yang menikahi pasangan yang telah atau baru memeluk agama Islam, tema budaya kami adakan demi mengingati dan meraikan pasangan unik ini. Memeluk atau memasuki agama Islam bukanlah bermakna ‘menjadi’ atau ‘memasuki Melayu’ menurut pensyarah University Professor Dr Mohd Riduan Tee Abdullah, BA(Hons) Sains Politik (UKM), MA Kajian Strategik (UKM), PhD Politik dan Kerajaan (UPM), Dip. Pengajian Islam (UIA) Malaysia. Dari itu, kita haruslah bersikap sensitif terhadap budaya bangsa lain, menghormati dan turut meraikan perbezaan yang ada. Tema ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai darah atau tali persaudaraan dari bangsa lain sejak waktu nenek moyang mereka yang telah pun memeluki agama Islam sejak zaman dahulu lagi sebagai mengingati asal keturunan dan kebudayaan mereka.

Budaya asalkan tidak bercanggah dengan agama Islam boleh diraikan atau disambut demi memberi pengesahan kepada pasangan kita bahwa budaya mereka tetap akan dingati walaupun mereka telah memeluki agama Islam dan menikahi seorang Muslim. Dengan mengingati dan meraikan bersama ciri-ciri kebudayaan pasangan kita di dalam majlis yang penuh bersejarah ini, apalagi dengan menggabungkan bersama budaya masyarakat Melayu, Islam berserta budaya Melayu secara tidak langsung akan dipandang sebagai agama yang menghormati budaya lain dan tidak mengecualikan atau mengetepikan mana-mana budaya. Ianya juga sebagai tanda seorang menantu Islam bersikap prihatin dan menghormati budaya mertua yang dianggap penting walaupun pihak mertua belum memeluk agama Islam dan hanya anaknya saja yang telah bertukar agama. Pihak mertua pasti akan berasa tidak ‘kehilangan’ apabila anaknya memeluk agama Islam dan mengahwini seseorang Muslim yang berbudaya lain. Sebaliknya mereka akan berasa diingati dan dihormati pihak menantu Islam. Mudah-mudahan ianya akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan perasaan saling hormat menghormati dan memahami budaya yang berbeza yang terjalin hasil perkahwinan ini. Seperti mana yang telah Allah SWT sebutkan di dalam surah Al-Hujurat ayat 13 iaitu,

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.”

Islam menggalakkan kita supaya mengambil manfaat dari budaya yang baik dan menghindari budaya yang sebaliknya. Dari itu, banyak yang boleh kita pelajari daripada mengikuti budaya bangsa yang berlainan.

Di nurmajlis.com, kami akan cuba mengetengahkan ciri-ciri yang unik dan bermakna yang terdapat di dalam majlis perkahwinan sesebuah budaya bangsa lain. Namun demikian, kami akan memilih dengan teliti adat budaya yang tidak bercanggah dengan agama Islam dan menggabungkannya dengan budaya Melayu, In Shaa Allah. Mudah-mudahan ini akan memeriahkan lagi majlis perkahwinan yang diadakan bagi kedua belah pihak dan menghasilkan sebuah majlis yang penuh makna dan kemanisan.

Gubahan Barang Hantaran Bertema Budaya nurmajlis.com

Sila layari laman *PORTFOLIO kami untuk melihat Gubahan Barang Hantaran Bertema Budaya…

Kembali Ke Atas

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi