nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Gubahan Bunga Rampai / Potpourri

Gubahan Bunga Rampai / Potpourri nurmajlis.com

Bunga rampai… aromanya saja sudah mencukupi untuk mencipta mood atau suasana keramaian atau majlis seperti majlis mencukur rambut, berkhatan dan terutama sekali, pertunangan dan pernikahan. Hampir akan terasa janggal atau kekurangan sesuatu dengan serta merta jika kehadirannya dilupakan kerana ketidakadaan bunga rampai akan dirasakan dengan jelas sekali di udara di dalam sesebuah majlis kerana keharumannya yang menusuk kalbu. Jika diletakkan di bilik pengantin, ianya akan menghadirkan suasana kesegaran yang romantis buat mempelai sehingga dapat dinikmati di seluruh rumah. Para tetamu yang hadir untuk upacara pertunangan atau pernikahan juga turut menikmati suasana ini bukan saja di majlis tetapi di rumah masing-masing kerana akan diberi sebungkus seorang sebagai cenderahati.

Bunga rampai adalah hirisan bunga-bungaan beserta daun pandan dan haruman minyak wangi yang disatukan dan biasanya diletakkan di dalam sapu tangan. Pada masa kini, terdapat berbagai bekas yang menarik dan unik yang digunakan termasuk, sangkar burung, mangkuk kaca berkaki, kotak, beg dan sebagainya yang digunakan sebagai cenderahati. Ada juga yang memilih untuk menggabungkannya dengan gula-gula atau cokelat sebagai penambah kemanisan. Kini peredaran zaman membuat manusia lebih kreatif dengan menggunakan bahan-bahan pengganti seperti potpourri yang bersifat lebih tahan lama dan boleh didapati di dalam berbagai warna yang menarik. Ada juga yang memilih rempah ratus seperti bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, ketumbar, jintan dan sebagainya. Selain daripada aromanya yang segar, ianya diharapkan akan dapat menghadirkan suasana kesegaran, sihat dan berkualiti di dalam kehidupan berumah tangga sama seperti yang dirasakan jika dibubuh pada masakan seharian.

Gubahan Bunga Rampai Potpourri nurmajlis.com

Sila layari laman *PORTFOLIO kami untuk melihat Gubahan Bunga Rampai / Potpourri…

Kembali Ke Atas

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi