nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Gubahan Bunga Tangan Pengantin

PAGE Bunga Tangan Pengantin nurmajlis.com

Teringat waktu majlis perkahwinan saya satu ketika dahulu di mana tidak terlintas sedikit pun di benak fikiran untuk mengadakan bunga tangan pengantin buat diri sendiri. Mungkin saya terlalu sibuk dengan urusan persiapan untuk majlis, mungkin saya leka dan memikirkan bahawa bakal suami yang akan menghadiahkan bunga tangan di saat pernikahan nanti, atau mungkin, saya bukanlah yang digelar ‘Minah bunga-bunga.’

Mujur ibu saya telah membuat persiapan yang rapi untuk majlis saya dan membantu memenuhi kekurangan-kekurangan yang ada dengan pengalamannya yang luas. Ibu saya juga memang gemar dengan bunga-bungaan. Beliaulah yang bertanggungjawab menyediakan bunga tangan untuk majlis saya.

Alhamdulillah, amat cocok dan bersesuaian pilihan ibu saya!

Kini kemahiran membuat gubahan bunga telah mula saya pelajari dari ibu saya dan praktikkan.

Bayangkan, seandainya saya tidak mempunyai bunga tangan untuk majlis perkahwinan saya dahulu. Apakah yang harus saya lakukan dengan kedua tangan ketika duduk, berdiri, mengambil gambar, berjalan menuju pelaminan, diarak atau bertandang ke majlis di rumah mertua?

Pasti akan terasa kekok dibuatnya!

Ramai yang menganggap bunga tangan sebagai aksesori pelengkap busana pengantin yang dapat menampilkan aura seri yang tersendiri kepada pengantin yang memilikinya, makanya perlulah disesuaikan dengan setiap warna pakaian salinan yang dipilih serta keseluruhan tema untuk majlis. 

Sebenarnya, adat memegang atau membawa bunga pengantin ini sudah dipraktikkan sejak berkurun lamanya oleh berbagai bangsa dan agama. Pada zaman Greece dan Rom purba termasuk Mesir, kombinasi bunga-bungaan dan pohon-pohonan herba dan rempah ratus yang beraroma wangi dibawa atau dipakai oleh pengantin dalam bentuk karangan bunga untuk menangkis kejadian-kejadian yang tidak diingini ketika majlis perkahwinan diadakan. Ianya juga berfungsi untuk menghilangkan bau badan yang kurang enak.

Bunga-bungaan ini disinonimkan dengan lambang penghidupan baru, harapan masa depan, kebahagiaan, kesuburan dan kesetiaan buat kedua mempelai. Lama-kelamaan, ianya ditransformasikan kepada bunga tangan di mana bunga ivy turut menjadi pilihan selain herba dan rempah ratus. Pada zaman pertengahan pula, bunga tangan menjadi semakin terkenal sebagai lambang kasih sayang.

Hanya pada zaman Victoria baru dapat dilihat kehadiran bunga tangan yang diketahui hari ini. Namun demikian, simbolisme bunga-bungaan di mana pengantin dapat menyampaikan sentimen romantis melalui pilihan bunga-bungaan tertentu yang begitu hangat pada masa itu kian hilang pada zaman kini.

Pasangan pengantin hari ini memilih bunga-bungaan berdasarkan kecantikan dan warna, menjadikannya aksesori yang indah untuk dimiliki.

Aksesori reben yang digunakan untuk menyatukan batang-batangnya pula adalah sebagai tanda ikatan dan penyatuan untuk mengukuhkan rumah tangga yang bakal dibina.

Jenis kuntuman bungan-bungaan serta daun-daunan yang dipilih adalah cerminan keperibadian, jiwa dan citarasa permaisuri sehari. Ianya akan mempengaruhi pilihan bunga-bungaan serta daun-daunan, sama ada segar atau tiruan, skema warna keseluruhan, saiz, bentuk dan sebagainya.

Walau apapun yang dipilih, kehadiran bunga tangan pasti akan menambahkan keserian, kemanisan dan keanggunan kepada yang memilikinya. 

Gubahan BUNGA TANGAN montage nurmajlis.com

Sila layari laman *PORTFOLIO kami untuk melihat Gubahan Bunga Tangan Pengantin…

Kembali Ke Atas

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi