nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Gubahan Cincin & Wang Hantaran

Gubahan Cincin & Wang Hantaran nurmajlis.com

Wang Hantaran bukanlah sesuatu yang wajib dibayar oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan tetapi ianya lebih kepada hadiah yang diberikan mengikut jumlah yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak. Mengikut adat tradisi, tujuan memberi wang hantaran adalah untuk meringankan beban keluarga pengantin perempuan dalam menganjurkan majlis perkahwinan.

Jumlah wang hantaran adalah berbagai-bagai. Ada juga yang mengikut taraf pendidikan, kerjaya atau kecantikkan pengantin perempuan dan latar belakang atau kedudukan keluarganya. Namun demikian, sebagai umat Islam yang dipandang sama oleh Allah SWT, seeloknya biarlah jumlahnya sederhana dan munasabah bagi tidak membebankan pengantin lelaki. Sudah menjadi adat wang hantaran akan diserahkan dalam masa sebulan atau dua kepada pihak perempuan terlebih dahulu untuk dibelanjakan bagi majlis perkahwinan. Ada yang memberi separuh dan ada juga yang memberi keseluruhan wang hantaran dalam tempoh ini. Tetapi pada masa kini, kesemua wang hantaran diserahkan pada hari akad nikah kerana ianya lebih memudahkan dan merupakan jalan yang selamat.

Apa yang sering berlaku pada masa kini setelah diadakan adat merisik adalah akan diadakan upacara menyarung cincin ke jari pengantin perempuan yang diwakili oleh seseorang daripada pihak lelaki yang datang merisik. Upacara ini adakalanya dilakukan serentak setelah merisik secara kecil-kecilan yang melibatkan segelintir ahli keluarga kedua pihak sahaja. Namun, ada juga yang seterusnya mengadakan majlis pertunangan yang melibatkan sanak saudara dan sahabat handai keluarga terdekat untuk menyaksikan dan meraikan upacara ini. Lazimnya, hadiah utama yang merupakan cincin untuk pengantin perempuan beserta wang hantaran yang diiringi beberapa biji dulang manisan akan diberi oleh pihak pengantin lelaki dan akan dibalas oleh pihak pengantin perempuan dengan beberapa pemberian untuk meraikan dan memeriahkan lagi majlis pertunangan kedua belah pihak.

Wang hantaran yang dipersembahkan ketika majlis pertunangan adalah berbentuk simbol atau lambang jumlah keseluruhan wang hantaran sebenar yang bakal dihadiahkan nanti pada hari berlangsungnya pernikahan. Misalannya, jika wang hantaran yang dipersetujui kedua belah pihak adalah sebanyak SGD$7000, ianya akan dipersembahkan dalam bentuk tujuh keping wang kertas bernilai $10 sebagai lambang jumlah sebenar. Wang kertas ini boleh juga menggunakan nilai apa saja seperti $2, $5 $10, $50 atau $100. Walau apa juga nilai wang yang digunakan ianya akan digubah indah mengikut citarasa pengantin. Ada juga yang lebih gemar mempersembahkannya di dalam bingkai gambar supaya wang kertas akan sentiasa kelihatan bersih tanpa tanda lipatan, mudah dipandang dan disimpan sebagai kenangan.

Wang hantaran yang dipersembahkan pada hari akad nikah pula adalah merupakan wang keseluruhan yang dipersetujui kedua belah pihak ketika upacara merisik atau pertunangan dahulu. Walau apa juga gaya gubahan yang dipersembahkan dan berapa nilai hantaran, jumlah wang hantaran bukanlah perkara pokok dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Kasih sayang tidak boleh dijual beli. Namun setiap pemberian  sama ada besar atau kecil, haruslah dihargai kerana ianya boleh diibaratkan seperti titik peluh yang disumbang ikhlas demi menghargai pasangan yang sentiasa diingati dan dikasihi.

Walaubagaimana pun, pada masa kini, terdapat juga amalan di mana keluarga pengantin perempuan tidak meminta langsung wang hantaran sebagai syarat pertunangan atau perkahwinan kerana ianya tidak wajib.

GUBAHAN CINCIN DAN WANG HANTARAN nurmajlis.com

Sila layari laman *PORTFOLIO kami untuk melihat Gubahan Cincin & Wang Hantaran…

Kembali Ke Atas

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi