nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Gubahan Mas Kahwin / Mahar

Gubahan Mas Kahwin / Mahar nurmajlis.com

Mas Kahwin atau ‘Mahar’ sebutan bahasa Arabnya, adalah satu pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Tujuan memberi mas kahwin ialah untuk menggembirakan dan memuliakan bakal isteri yang akan dinikahi. Mas kahwin wajib dipersembahkan ketika upacara akad nikah sama ada berupa wang tunai atau hutang ataupun sesuatu barang yang dapat dinilai dengan wang seperti harta, barang kemas atau juga sesuatu barang yang bermanfaat seperti senaskah Al Quran untuk mengiringi.

Mas kahwin adalah sesuatu yang penting dalam pernikahan dan adalah hak mutlak isteri dan tidak boleh diambil atau digunakan oleh suami melainkan dengan izin isteri tersebut. Seperti firman Allah SWT dalam surah An Nisaa’ ayat 4,

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin-mas kahwin mereka sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.”

Allah SWT juga memerintahkan agar calon suami mempersiapkan mas kahwin dengan kadar yang pantas atau ma’ruf. Hal ini dijelaskan dalam surah An Nisaa’ ayat 25,

“Kahwinilah mereka dengan seizin keluarga mereka dan berikanlah mas kawin mereka sesuai dengan kadar yang pantas, karena mereka adalah perempuan-perempuan yang memelihara diri.”

Dari itu, kesimpulan yang boleh diambil di sini ialah mas kahwin yang dihadiahkan kepada bakal isteri haruslah diberikan dengan penuh kerelaan, sesuatu yang berharga dan pantas kadarnya. Setiap bakal suami pastinya mahu memberikan mas kahwin yang terbaik untuk isteri kesayangan. Namun demikian, bakal isteri dan keluarganya harus memahami akan kemampuan bakal suami. Ini bersesuaian dengan ajaran Islam di mana bakal isteri diperintahkan agar meminta mas kahwin yang boleh memudahkan dalam proses akad nikah.

Rasulullah SAW dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa wanita yang paling ringan mas kawinnya, adalah wanita yang mendapat  banyak berkah dari Allah.

Rasulullah SAW juga bersabda: “Wanita yang paling banyak berkahnya adalah yang paling ringan mas kawinnya” (HR. Hakim dan Baihaki).

Seandainya lelaki yang mahu bernikah benar-benar tidak mampu dan tidak mempunyai apa-apa harta, beliau dibenarkan menghadiahkan mas kahwin dengan hafalan Al Quran. Ini pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW di mana Baginda pernah mengahwinkan seorang lelaki dan bakal isterinya dengan ayat-ayat Al Quran yang dihafal lelaki tersebut sebagai mas kahwin. Ini ialah kerana lelaki tersebut tidak mempunyai apa-apa barang untuk dihadiahkan sebagai mas kahwin. Sememangnya hafalan Al Quran tak terhingga nilainya.

Sabda Rasulullah SAW: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Seandainya benar-benar fakir dan tidak berkemampuan, barulah hafalan atau ajaran Al Quran dipertimbangkan.

Alhamdulillah, di masa kini, ada sesetengah bakal suami yang menghadiahkan mas kahwin dengan bukan saja hafalan surah Al Quran, malah memberi senaskah Al Quran yang mengiringi hadiah wang atau barang mas kahwin untuk bakal isteri. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati keluarga yang bakal dibina dengan ilmu agama yang kukuh dan kasih sayang yang abadi. Aameen.

Gubahan Mas Kahwin / Mahar nurmajlis.com

Sila layari laman *PORTFOLIO kami untuk melihat Gubahan Mas Kahwin / Mahar …

Kembali Ke Atas

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi