nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Gubahan Masjid Cokelat

Gubahan Masjid Cokelat nurmajlis.com

Pernikahan atau perkahwinan sering dikatakan sama dengan mendirikan sebuah masjid oleh masyarakat Melayu Islam. Begitu suci, murni dan tinggi nilainya ikatan perkahwinan dalam Islam sehingga ianya dikatakan sebagai membina masjid. Masjid adalah tempat yang mulia di mana kita menjalankan segala aspek kehidupan sebagai muslim. Ia adalah satu institusi yang wajib ada dalam kehidupan masyarakat Islam. Pembinaan masjid haruslah dibuat dengan teliti dan sempurna kerana ianya tempat melahirkan umat yang berkualiti. Begitu juga pernikahan atau perkahwinan yang merupakan satu ikatan suci yang membawa harapan akan terus hidupnya keturunan bangsa manusia, atau lebih tepat lagi, umat islam yang baik dan taat akan perintah Allah SWT. Dari itu, ianya perlulah dijaga dengan sebaik mungkin supaya kekal hingga ke syurga.

Perbandingan konsep membina Masjid dan Perkahwinan:

1) Dibina atas nawaitu yang betul 

Masjid dibina kerana Allah SWT, tidak boleh di atas niat yang lain. Perkahwinan juga harus dibina dengan niat yang betul supaya tidak mudah musnah. Niat-niat yang tidak murni mengundang kemurkaan Allah SWT dan akan menghancurkan perkahwinan.

2) Arah kiblat yang tepat

Masjid yang salah arah kiblatnya membatalkan solat. Sama juga dalam kehidupan berkeluarga di mana semua anggota keluarga mesti memiliki niat dan arah kehidupan yang sama iaitu mencari keredhaan Allah SWT supaya berjaya di dunia dan akhirat.

3) Suburkan Allah SWT dihati 

Jika kita mengagungkan Allah SWT di masjid, di dalam rumah tangga pula adalah tempat kita membesarkan Allah SWT dan bukan tempat mementingkan dunia, nafsu dan syaitan. Bawalah Allah bersama di dalam penghidupan berumah tangga.

4) Tempat ibadah

Masjid adalah tempat beribadah dan beramal di dalam suasana aman tenteram. Rumah tangga juga jika dikendalikan dengan penuh disiplin, kaya dengan adab sopan dan tata tertib, akan mengundang suasana ibadah dan kesejahteraan serta kebahagiaan.

5) Tempat kita memperbaiki diri

Masjid adalah tempat ilmu, pengajian, nasihat-menasihati dan peringatan. Begitu juga yang harus berlaku di dalam rumah tangga. Suami harus mampu menjadi imam dan memberi tunjuk ajar kepada anggota keluarga terutama di bidang agama sedaya mampu dan memakmurkan pembacaan Al Quran dan penghayatannya atau penafsirannya di dalam penghidupan.

6) Tempat merendah diri, berkasih sayang, hormat menghormati dan saling bermaafan

Jika Masjid adalah tempat sedemikian, rumah tangga juga harus seperti itu. Hilangkan sifat ego, mementingkan diri dan kesombongan.

7) Perlunya penjagaan yang berterusan

Masjid memerlukan penjagaan berterusan agar kekal berfungsi menjadi tempat tumpuan masyarakat Islam untuk melaksanakan berbagai aktiviti kepada Allah SWT dan sesama manusia. Begitu juga rumah tangga agar kekal hingga ke syurga. Runtuhnya rumah tangga akan menyebabkan terputusnya ikatan silaturrahim yang telah terjalin di antara kedua belah pihak. Hubungan kekeluargaan akan terjejas dan terputus dan kesan negatif pada anggota keluarga akan dihadapi. Runtuhnya rumah tangga akan biasanya menyebabkan berbagai kepincangan dalam masyarakat.

8) Hati dan diri diawasi Allah SWT

Jika di Masjid kita terasa hati dan diri sentiasa diawasi Allah SWT, hadirkanlah perasaan ini di mana saja kita berada termasuk di dalam rumah tangga. Sentiasa bermuhasabah diri dan mengingatkan diri yang kita hanya menumpang di bumi Allah SWT supaya segala kata-kata, fikiran dan kelakuan akan dijaga sebaik mungkin daripada mendapat kemurkaan Allah SWT. Jika setiap anggota keluarga berbuat demikian, masyarakat juga akan menjadi manusia yang baik belaka.

Dari itu, apakah simbolisme yang amat sesuai atau terbaik untuk dihadiahkan kepada pasangan yang bakal bernikah atau berumah tangga jika bukan sebuah masjid? Dengan gabungan bahan seperti cokelat, kemanisan berumah tangga diharapkan akan sentiasa dirasai, In Shaa Allah. Ianya juga sesuai dijadikan simbol perkahwinan di dalam rumah buat mempelai agar sentiasa ingat akan tujuan sebenar sesebuah perkahwinan dalam Islam supaya arah tuju buat keluarga yang bakal dibina akan mendapat keredhaan Allah SWT. Aameen.

Setiap tempahan gubahan Masjid Cokelat haruslah dibuat sebulan setengah sebelum majlis.

Gubahan Masjid Cokelat nurmajlis.com

Sila layari laman *PORTFOLIO kami untuk melihat Gubahan Masjid Cokelat…

Kembali Ke Atas

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi