nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Gubahan Pulut Kuning

Gubahan Pulut Kuning nurmajlis.com

Pulut kuning telah lama menjadi lambang dan adat dalam upacara tradisional masyarakat Melayu seperti majlis mencukur rambut, berkhatan, mengkhatamkan Al Quran dan akikah. Selain itu, ianya juga merupakan satu elemen yang penting dalam majlis pertunangan dan perkahwinan. Pulut kuning diperbuat daripada beras pulut yang direndam di dalam air bersama dengan kunyit hidup untuk menjadikannnya berwarna kuning. Seterusnya, ianya akan dikukus dengan campuran santan kelapa. Biasanya pulut kuning akan dihidangkan dengan rendang daging atau ayam namun ada juga yang menikmatinya beserta serunding ataupun sambal tumis.

Dalam konteks Sejarah Melayu, warna kuning melambangkan warna diraja dan dilihat sebagai lambang penghormatan yang tinggi. Tidak hairanlah jika ianya juga digunakan di dalam gubahan bunga pahar/ bunga telur di mana telur dicucuk pada pulut kuning tersebut yang diletakkan di atas singgahsana pengantin sebagai tanda penghormatan buat raja sehari. Kini, terdapat juga majlis perkahwinan yang menggantikan acara memotong kek perkahwinan dengan acara memotong pulut kuning.

Pulut kuning yang digubah sesuai untuk dihadiahkan sebagai barang hantaran merupakan simbol kesyukuran dan juga tanda terimakasih keluarga tuan rumah kepada keluarga besan. Ianya juga lambang meraikan detik penting dalam kehidupan di mana pasangan yang bakal berkahwin menempuh kehidupan baru bersama dan juga keluarga pasangan masing-masing akan mula menjalinkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan.

Setiap tempahan Pulut Kuning kami dimasak dan digubah kurang 48 jam sebelum majlis bermula. Namun, tempahan haruslah dibuat 1 bulan setengah sebelum tarikh majlis.

Gubahan PULUT KUNING nurmajlis.com

Sila layari laman *PORTFOLIO kami untuk melihat Gubahan Pulut Kuning...

Kembali Ke Atas

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi