nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Gubahan Sireh Junjung / Sireh Dara

Gubahan Sireh Junjung / Sireh Dara nurmajlis.com

Sirih adalah daun yang mahal pengertiannya di dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Pada masa ini, sesebuah majlis perkahwinan dan pertunangan wajib ada sireh junjung di dalam rangkaian barangan hantaran kerana ianya diibaratkan sebagai ‘penghulu’ segala hantaran serta penyeri dan pelengkap majlis. Setiap lipatan daun tersirat erti tersendiri, sebagai pengikat janji antara dua hati.

Sealiran dengan perkembangan zaman, gubahan sireh junjung kini turut berubah meskipun konsep asalnya tetap sama. Sirih Junjung kini digubah dengan corak moden dalam berbagai bentuk dan rekaan seperti masjid, buah nenas dan bangunan selain gubahan berbentuk flora yang disesuaikan mengikut konsep hantaran dan citarasa. Penggunaan hiasan tambahan seperti bunga kantan dan kayu manis membuatkan gubahan lebih unik. Kuntuman bunga-bungaan seperti ros dan orkid menambahkan lagi seri gubahan selain penggunaan barang-barang utama. Harum-haruman atau wangi-wangian seperti bunga rampai atau air mawar juga akan direnjiskan untuk membangkitkn aroma pada sireh junjung.

Maksud di sebalik Isi Sireh junjung

Mengikut cerita orang dahulu, sirih junjung dan bahan-bahan yang digunakan membawa maksud tersirat kepada kehidupan suami isteri yang baru hendak bermula. Ianya melambangkan asam garam hidup berumah tangga di antara suami isteri. Ini ialah kerana kehidupan setiap pasangan suami isteri sentiasa dipenuhi suka dan duka. Begitu juga dengan simbolisme sirih junjung yang digubah dengan daun sirih dan campuran beberapa bahan-bahan lain. Seandainya dimakan, akan timbullah berbagai rasa seperti manis, masam, pahit dan masin.

Sireh

Sireh

  • Tumbuhnya renek, melilit dan memerlukan sandaran tetapi tidak merosakkan tempat ia bersandar.
  • Membawa maksud berhati mulia, rendah diri, berani dan tidak mudah berputus asa untuk mencapai cita-cita.

Pinang

Pinang

  • Pokoknya lurus ke atas dan berbuah lebat dalam setandan. Dikopek, buahnya bulat, keras dan kelat. Dibelah dua, ianya menampakkan hempulur.
  • Melambangkan keturunan yang baik-baik, berhemah tinggi dan berhati suci.

Kapur

Kapur

  • Diperolehi daripada pemprosesan batu kapur. Rupanya putih bersih dan dengan secalit kapur dapat memberi rasa payau, pahit serta hangat pada sireh.
  • Melambangkan hati yang tulus suci tetapi boleh memberontak bila dicabar.

Gambir

Gambir

  • Diperolehi dari daun gambir yang direbus dan disaring.
  • Rasanya yang kelat pahit memberi maksud kecekalan hati pada insan.

Tembakau

Tembakau

  • Melambangkan seorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal. Ini ialah kerana daun tembakau itu sendiri berasa pahit dan memabukkan apabila telah dihiris halus sebagai tembakau serta tahan lama untuk disimpan.

Cengkih

Cengkih

  • Warnanya kehitaman dan kecokelatan gelap. Menimbulkan aroma yang melazatkan pada masakan dan membangkitkan selera.
  • Sebiji sahaja amat menyegarkan dan mampu memberi rasa pedas pada lidah.
  • Melambangkan keutuhan prinsip serta kemampuan memberi dan meninggalkan kesan di hati walaupun berbentuk kecil.

Demikianlah pengertian seracik gambir dan sekacip pinang yang dibalut bersama sireh bercalit kapur dan seurat tembakau… menggambarkan rasa kelat, pedas dan pahit ikatan perkahwinan. Inilah kiasan Melayu yang simbolik, unik dan indah.

(Rujukan: Variasi Gubahan Pengantin)

GUBAHAN SIREH JUNJUNG SIREH DARA nurmajlis.com

Sila layari laman *PORTFOLIO kami untuk melihat Gubahan Sireh Junjung / Sireh Dara…

Kembali Ke Atas

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi