nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Image result for berita sg logo3/12/2017 23:33, Terkini: 3/12/2017 23:35

Oleh: NURULKHASANAH AGOST

SINGAPURA: Sejauh manakah majlis-majlis perkahwinan orang Melayu sekarang sudah banyak dipengaruhi unsur-unsur luar? Apa kata anda?

Nampaknya begitu ramai anggota masyarakat Melayu berpandangan bahawa ya, ia sudah begitu banyak dicemari unsur luar.

Buktinya, hasil tinjauan rambang portal BERITAMediacorp menunjukkan hampir 90 peratus daripada 8,800 undian berpendapat begitu. Hanya 7 peratus sahaja responden yang percaya bahawa majlis perkahwinan Melayu tidak dicemari unsur luar.

“Sudah tak nampak lah keistimewaan Melayu” – Arif Bin Saharuddin

Jadi, perlukah masyarakat Melayu bimbang tentang penghakisan budaya?

MASYARAKAT MELAYU MASIH LIHAT UNSUR UNIK SEBAGAI PENGHAKISAN BUDAYA

Majlis perkahwinan Melayu lazimnya lengkap dengan paluan kompang, pasangan raja sehari yang manis duduk di pelamin dan kaya dengan kesantunan.

Akibat daripada angin perubahan moden hari ini, budaya asal orang Melayu semakin berbeza terutama dari aspek pakaian.

“Banyak perkara yang ada kaitan dengan nilai Melayu tak disampaikan kepada masyarakat Melayu” – Dr Abbas Shariff

Meskipun unik, sebahagian besar masyarakat Melayu masih melihatnya sebagai penghakisan tradisi dan budaya. Ini termasuk beberapa orang awam yang ditemui BERITAMediacorp.

(Gambar: Huzaini Huz Studios)

“Ikut cara adat Melayu ini semua tak ada. Jadi, macam rosakkan budaya kita,” kata Encik Indra Sani, 27 tahun.

“Lebih baik kita ikutlah tradisi kita,” Cik Zainab Abdul Rahim memberitahu BERITAMediacorp.

“Kalau tak menyusahkan sesiapa terserahlah. Sebab majlis mereka juga,” menurut Cik Dini Marina Suhaimi.

“Sudah tak nampak lah keistimewaan Melayu,” luah Encik Arif Bin Saharuddin, 24 tahun.

PENTING WARISKAN TRADISI KEPADA GENERASI AKAN DATANG

Maka tidak hairanlah, tinjauan portal BERITAMediacorp yang masih berlangsung sekarang ini (3 Dis) mendapati, hampir 90 peratus atau hampir 7,900 undi daripada lebih 8,800 undi, menyatakan ‘Setuju’ bahawa “Majlis perkahwinan Melayu kini sudah banyak dicemari dengan unsur-unsur luar”.

Hanya tujuh peratus, atau hampir 600 undi, yang ‘Tidak setuju’ dengan pandangan tersebut. Empat peratus atau sekitar 400 undi melahirkan rasa ‘Kurang pasti’ tentang persoalan tersebut.

“Lebih baik kita ikutlah tradisi kita” – Zainab Abdul Rahim

Ia mengesahkan lagi dapatan Tinjauan Identiti Kaum bahawa kaum Melayu paling menjunjung jati diri.

Sebanyak 85.5 peratus orang Melayu yang ditinjau oleh CNA-IPS menyatakan penting tradisi perkahwinan diwariskan kepada generasi akan datang.

Namun, hakikatnya, tidak semua perkahwinan masyarakat Melayu hari ini benar-benar mengamalkan adat dan budaya perkahwinan lama.

MESTI SEMAI NILAI TRADISI KE DALAM DIRI ANAK-ANAK

Sungguhpun demikian, nilai-nilai tradisi majlis perkahwinan perlu terus disampaikan kepada generasi baru Melayu, menurut seorang pengamat budaya yang juga pensyarah di Institut Pendidikan Nasional (NIE), Dr Abbas Mohd Shariff.

“Banyak perkara yang ada kaitan dengan nilai Melayu tak disampaikan kepada masyarakat Melayu dan ini kerana ada masalah-masalah yang berkaitan dengan penyemaian nilai. Ini mesti ada perubahan dalam proses itu,” beliau memberitahu BERITAMediacorp.

Tambahan lagi, menurut pemerhatian Dr Abbas, generasi muda sudah banyak terdedah dengan pengaruh-pengaruh luar sejak kecil.

Lantaran itu tanpa proses penyemaian nilai yang betul ke dalam diri anak-anak, dikhuatiri tradisi perkahwinan Melayu mungkin hilang ditelan zaman.

“SUPAYA ANAK MUDA TIDAK KELIRU” – SOM SAID

Pandangan serupa turut disuarakan budayawan seni veteran Singapura, Cik Som Said.

Peradaban majlis perkahwinan, kata beliau, wajar dipelihara dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

“Dalam majlis persandingan itu sendiri biarlah ianya mengikut peradaban, teratur, kerana anak-anak dikeliling kita tidak begitu terdedah dengan budaya-budaya Melayu kita.

“Mereka hanya dapat melihat majlis persandingan saja, ini supaya mereka itu istilahnya, tak kelirulah,” jelas Cik Som.

Maka itu, beliau percaya perlu ada usaha yang berterusan untuk menyedarkan kembali masyarakat Melayu mengenai pentingnya adat istiadat Melayu agar ia dapat dibanggakan oleh generasi muda.

– BERITAMediacorp/nk

Buat Renungan Bersama:

  • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya? – berita.mediacorp.sg … Sila Klik
  • Kisah-kisah Bangsa-bangsa Lain Mengikut Adat Istiadat Perkahwinan Masyarakat Melayu Kerana Mengagumi & Menghargai Nilai-nilai Murni Serta Keistimewaannya. Mengapa Tidak Kita? … Sila Klik

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi