nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?

Image result for berita sg logo18/10/2017 19:37, Terkini: 19/10/2017 10:51

Power ranger wedding (10)

SINGAPURA: Semakin banyak pembaharuan dan elemen-elemen yang unik kini diterapkan dalam majlis perkahwinan orang Melayu.

Bolehkah ia diterima sebagai setakat bersuka ria atau apakah ia boleh dianggap satu pencemaran budaya? Adakah ia menyegarkan atau menjengkelkan?

Sedang kita akur citarasa generasi internet ini memang berbeza, sebahagian tokoh dan anggota masyarakat Melayu bimbang sekiranya ia membuat mereka lupa tentang budaya dan peradaban Melayu.

Mentelah lagi yang dipersoalkan kini adalah majlis perkahwinan yang secara lazimnya, kaya dengan tradisi dan adat istiadat.

“Banyak yang dah tidak ada, banyak yang dihilangkan, bukan hanya dalam majlisnya tetapi peradaban, peralatan, persiapan semua pun macam sudah diambil, yang tak perlu itu sudah dikikislah,” kata seorang budayawan seni, Som Said.

Menurut Dian Ilyana Mokhtar, pemilik Mishka Wedding & Events sejak kebelakangan ini, hanya satu daripada setiap 20 majlis yang dikendalikannya menerapkan ciri-ciri kemelayuan.

Para pelanggannya rata-rata gemarkan tema yang kontemporari sungguhpun kedua-dua mempelai berbangsa Melayu.

“Kita pun ada pelanggan yang tak nak pelamin tapi dia nak ‘arc’ bunga sahaja dengan kain sedikit bunga. Ada yang dah tak nak kompang. Mereka rasa kompang itu terlalu berlebihan, terlalu bising.

“Mereka mahu mainkan lagu romantik bahasa Inggeris dan kalau anda masuk masuk majlis pun anda tidak rasa kemelayuannya,” dedah Cik Dian Ilyana Mohd Mokhtar, pemilik Mishka Wedding & Events.

Isu tersebut dikupas secara mendalam dalam rancangan rancangan ehwal semasa, Detik, yang disiarkan pada Rabu 8.30 malam. Para penonton juga boleh mengikutinya di Toggle.

– BERITAMediacorp/AM/fa

Buat Renungan Bersama:

  • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar – berita.mediacorp.sg … Sila Klik
  • Kisah-kisah Bangsa-bangsa Lain Mengikut Adat Istiadat Perkahwinan Masyarakat Melayu Kerana Mengagumi & Menghargai Nilai-nilai Murni Serta Keistimewaannya. Mengapa Tidak Kita? … Sila Klik

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi