Pernahkah Anda Mengalami Sendiri Atau Menyaksikan Berlakunya Situasi Seperti Kedua-dua Video Di Bawah Ini?
(Gubahan Hantaran Kuih Terjatuh & Hancur Bertaburan – Video Ikhsan Danny Zickry)
(Kek Perkahwinan Terjatuh & Rosak – Video Ikhsan Thenly Kok)
PASTINYA, situasi atau senario yang amat mengecewakan, bukan saja sungguh mencemaskan pada yang membawa barangan hantaran malah menghampakan harapan keluarga pengantin kedua belah pihak. Insan-insan yang membuat & menggubahnya juga pasti berasa kecewa kerana kerja keras mereka musnah dengan berlakunya kejadian sebegini. Adakah ianya dapat dielakkan? Mungkin atau tidak dapat diganti? Tentu akan memakan masa dan tidak sama hasilnya nanti.
Pihak kami di nurmajlis.com sendiri pernah mengalami situasi yang hampir sama ketika menghantar set gubahan barangan hantaran kami satu ketika dahulu. Ketika itu, kami mempunyai masalah kenderaan dan terpaksa mendapatkan kereta privat 7 seater daripada perkhidmatan syarikat pengangkutan e-panggilan untuk membawa kami ke lokasi Majlis perkahwinan pelanggan kami. Malangnya kami mengalami beberapa masalah seperti kesempitan ruang di dalam kereta yang menyebabkan barangan gubahan hantaran kami terhimpit antara satu sama lain dan pemandu yang memandu dengan laju dan kurang berhati-hati sehingga barang-barang gubahan tersebut terlambung-lambung, rosak dan terkeluar dari posisinya apabila melewati sebuah lubang di jalan raya.
Alangkah sedih dan hampa kami rasakan melihat kerosakkan pada gubahan-gubahan yang mengambil masa berminggu-minggu untuk digubah dan disusun dengan penuh rapi, keprihatinan dan titik peluh. Hanya insan-insan yang pernah membuat kerja-kerja ini saja yang tahu betapa banyak pengorbanan waktu dan tenaga yang digunakan untuk merancang, mereka dan menyediakan persiapan untuk membuat sesebuah gubahan. Mujur kami ada membawa bekalan peralatan kecemasan untuk menyusun kesemuanya kembali seperti sediakala sedaya yang mampu walaupun kami tahu, ianya tidak seratus peratus seperti yang asal. Alhamdulillah, walaupun di antara barangan hantaran terdapat biskut-biskut seperti tart nenas yang jelas kelihatan melalui kotak-kotak biskut yang ‘transparent‘, tiada yang hancur kerana kami telah terlebih dahulu menyusun biskut-biskut tersebut dengan padat untuk mengelakkan kejadian sebegini. Setelah kembali sempurna, barulah kami serahkan set barangan hantaran kepada keluarga pengantin.
“Malangnya kami mengalami beberapa masalah seperti kesempitan ruang di dalam kereta yang menyebabkan barangan gubahan hantaran kami terhimpit antara satu sama lain dan pemandu yang memandu dengan laju dan kurang berhati-hati sehingga barang-barang gubahan tersebut terlambung-lambung, rosak dan terkeluar dari posisinya apabila melewati sebuah lubang di jalan raya.”
Cuba anda bayangkan, bukan kami yang membawa dan menghantar set barangan hantaran tersebut ke lokasi Majlis perkahwinan pelanggan kami, tetapi ianya telah diambil dari kami setelah siap dan dibawa ke lokasi Majlis oleh mereka sendiri. Apa yang membimbangkan pihak kami adalah jika mereka yang diwakilkan untuk mengambil tidak berhati-hati membawa dan menjaga barangan tersebut sepanjang perjalanan. Bagaimanakah jika masalah ini dihadapi? Tentu kejadian yang tidak diinginkan ini akan mengambil masa dan tenaga yang lebih untuk diatasi kerana pihak kami terpaksa turun padang untuk menyelamatkan situasi.
Di nurmajlis.com, kami sentiasa bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan berlakunya masalah yang tidak diingini kerana ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk pihak kami. Oleh itu, kami amat menegaskan dan mengutamakan khidmat menghantar dan mengambil kembali barangan hantaran dan sewaan supaya anda tidak perlu menghadapi tekanan dan masalah sebegini. In Shaa Allah, sebaliknya anda akan dapat mengadakan sebuah Majlis yang berjalan lancar dan teratur. Ini adalah antara jalan yang selamat yang kami tawarkan untuk menjayakan majlis anda tanpa tekanan.
KELEBIHAN KHIDMAT MENGHANTAR & MENGAMBIL KEMBALI OLEH PIHAK KAMI:
- Perhatian serta penjagaan yang rapi dengan sebaik mungkin oleh kami terhadap setiap barangan tempahan yang hanya akan kami serahkan ke tangan anda dalam keadaan sempurna dan selamat. Sireh Junjung/ Sireh Dara serta Bunga Pahar/ Bunga Telur akan kami letakkan atau hiaskan di pelaminan untuk anda supaya sudut arah yang terbaik dapat dipersembahkankan untuk estetik keseluruhan dan keselamatan. Kami percaya menyerahkan barangan tempahan oleh kami sendiri ke tangan pelanggan di lokasi Majlis adalah merupakan adab atau etika berurus niaga yang ideal, santun & tertib.
- Sebagai pereka gubahan atau pengendali peralatan sewaan, kami tahu cara terbaik untuk mengangkat, membawa dan menghantar barang-barang tersebut dengan selamat dan sempurna. Kami juga mempunyai kemahiran, pengalaman dan solusi yang cepat serta selamat untuk menanggani atau mengawal masalah sekiranya timbul dengan bekalan peralatan kecemasan yang kami ada, In Shaa Allah. Tiada sesiapa yang boleh mengelakkan diri daripada menghadapi kejadian-kejadian yang tidak diingini dan di luar kawalan, termasuk pihak kami sendiri. Namun demikian, seandainya ianya berlaku, kami akan cuba tanggani dengan sebaik mungkin untuk anda. Tambahan pula, seandainya wakil daripada pihak pelanggan kami yang sendiri datang untuk mengambil barang-barang tempahan daripada kami, mereka mungkin tidak tahu bahawa di antaranya akan terdapat barang-barang yang mudah cacat atau pecah / fragile dan sensitif. Mereka juga tidak mempunyai sebarang idea mengenai bentuk dan kuantiti dulang hantaran atau saiz seperti Sireh Junjung / Sireh Dara mahupun Bunga Pahar / Bunga Telur yang memerlukan kenderaan yang luas ruangnya untuk dihantar agar tidak rosak ketika di dalam perjalanan.
- Segala-galanya akan kami aturkan supaya anda tidak perlu meluangkan masa untuk menyewa atau mencari kenderaan atau wakil untuk mengambil dan menghantar kembali bekas-bekas barangan hantaran atau sewaan kepada kami setelah majlis selesai. Ini dapat menjimatkan kos, tenaga serta masa anda supaya tumpuan dapat diberikan kepada persiapan dan perkara-perkara yang lainnya. Ini juga akan menjamin wang cagaran yang anda bayar akan kami pulangkan kepada anda sekiranya barangan sewaan dijaga rapi dan kami terima kembali dalam keadaan sempurna.
- Kami akan pastikan Majlis anda akan berjalan lancar dan berjaya dengan izin Allah kerana ini adalah tanggungjawab kami.
- Anda tidak perlu hadapi tekanan atau situasi yang tidak diinginkan, In Shaa Allah.
“Tiada sesiapa yang boleh mengelakkan diri daripada menghadapi kejadian-kejadian yang tidak diingini dan di luar kawalan, termasuk pihak kami sendiri. Namun demikian, seandainya ianya berlaku, kami akan cuba tanggani dengan sebaik mungkin untuk anda.”
Sila lihat Terma & Syarat Khidmat Penghantaran & Pengambilan Kembali