Mengapa pilih kami?
Soalan cepu emas, bukan? Mengapa pilih kami? Bagaimana untuk memilih dengan bijak dan perkhidmatan siapa yang harus dipilih?
Inilah antara soalan-soalan yang sentiasa bemain di benak fikiran apabila hendak mengadakan sesebuah majlis. Sememangnya mengelirukan dan banyak yang perlu difikirkan dan dipertimbangkan… apatah lagi, – anda hanya ada satu percubaan – salah pilih dan majlis anda yang terpenting akan terjejas.
Kami faham.
Sebagai pembekal perkhidmatan majlis, sejujurnya kami telah memikirkan mengenai kedudukan kami berbanding dengan banyak lagi perkhidmatan majlis yang sedia ada. Kami tidak mahu mempengaruhi pemikiran anda dengan janji-janji yang tidak dapat kami kotakan supaya kami dipilih. Kami juga tidak mahu meyakinkan anda bahawa majlis anda pasti terjamin selamat dan sempurna jika anda memilih kami. Sesungguhnya kepercayaan hanya boleh diperolehi dengan adanya hasil yang nyata dalam jangka masa yang tertentu.
Apa yang akan kami berikan kepada anda adalah dedikasi, komitmen dan semangat kami di dalam menjalankan perkhidmatan yang kami tawarkan ini dengan peluang yang diberikan. Kami amat mengambil berat terhadap setiap tugasan dan amanah yang diberikan kerana ianya melibatkan keperibadian dan reputasi. Oleh itu, kami sentiasa bekerja keras, mempertingkatkan diri dan berusaha sedaya upaya di dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada kami dengan harapan agar dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan ideal untuk anda. Jika anda kecewa, kami juga pasti akan berasa kecewa. Majlis anda amat penting bagi kami kerana ianya kami anggap sebagai majlis kami juga. Kejayaan dan kebahagiaan anda adalah kejayaan dan kebahagiaan kami.
“…kami sentiasa bekerja keras, mempertingkatkan diri dan berusaha sedaya upaya di dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada kami dengan harapan agar dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan ideal untuk anda.”
Untuk merancang sesebuah majlis, ada beberapa perkara yang perlu anda fikirkan dan pertimbangkan. Izinkan kami BAYANGKAN untuk anda…
MANFAAT TAWARAN KAMI:
1. Perkhidmatan
a) Gubahan Yang Unik, Berfokus & Bermakna
- Gubahan berbagai tema – bukan setakat ‘permainan’ warna dan corak tetapi gubahan yang mempunyai maksud dan cerita yang tersendiri. Tema dapat memberi makna kepada sesebuah gubahan dan membuatnya lebih menarik, terutamanya, gubahan yang bertemakan tradisi warisan dapat mengekalkan kewujudannya serta menimbulkan perasaan penghargaan serta kebanggaan di dalam diri generasi masa kini dan akan datang.
- Gubahan bertema budaya – khas untuk meraikan pasangan yang mempunyai budaya yang berbeza agar sikap saling hormat-menghormati serta menghargai perbezaan budaya dapat dijalin dan dieratkan.
- Gubahan rekaan kami sendiri – kami memberi anda berbagai pilihan rekaan gubahan seperti yang biasa anda lihat di majlis-majlis dan yang kami reka sendiri, iaitu hanya terdapat di perkhidmatan majlis kami sahaja seperti gubahan barangan yang kami tawarkan, gubahan sireh junjung/sireh dara serta bunga pahar signature kami yang menarik, unik dan lain daripada yang lain.
- Gubahan peralatan adat istiadat tradisional – kami ingin menghidupkan semula warisan budaya dan adat tradisi perkahwinan masyarakat Melayu yang kian hilang dengan memperkenalkan kembali penggunaan peralatan adat istiadat tradisional seperti tepak sireh sebagai pembuka bicara serta penghulu hantaran di dalam adat istiadat merisik, meminang, pertunangan dan perkahwinan. Di samping itu, kami juga turut menganjurkan agar adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu ditinggalkan jangan (lihat laman Selamat Datang).
b) Reka Bentuk Grafik Yang Boleh Digunakan Semula Sebagai Dekorasi Kediaman
- Reka bentuk grafik yang kami tawarkan untuk banner, poster dan dekorasi backdrop direka khas dengan tujuan untuk dikitar semula kegunaanya setelah selesainya majlis. Dengan matlamat ini, kami faham bagaimana kerja-kerja rekaan perlu dilakukan agar ianya bersesuaian untuk dijadikan dekorasi di kediaman.
- Kami menawarkan khidmat mereka desain kad Walimatul ‘Urus, majlis Aqiqah, kesyukuran dan sebagainya dalam bentuk cetakan serta digital yang mengikut tema. Ini adalah supaya bahan publisiti majlis akan lebih sekata dan bermakna dengan tema keseluruhan pilihan anda.
c) Hiasan Kamar Yang Tersendiri
- Kami menggunakan kain cadar serta bantal hiasan yang diperbuat daripada kaitan krusye (crochet) benang emas yang dikait sendiri (buatan tangan / handmade) dan sesuai untuk digabungkan dengan berbagai warna lembut yang dipilih sebagai alas katil.
- Props atau barangan hiasan yang kami gunakan tidak akan memerlukan kerja-kerja menggerudi lubang (drilling) atau memaku yang akan mencacatkan dinding, siling atau kediaman anda.
- Kami memilih cara dan rekaan yang simple, elegan dan non-intrusive iaitu tanpa sebarang gangguan pada ruang, barangan dan perabot anda yang sedia ada.
d) Hiasan Kereta Yang Sesuai Buat Raja & Permaisuri Sehari
- Kami mengambil pendekatan yang simple dan klasik namun demikian, tetap menyerlah keanggunannya bak kenderaan diraja.
- Cara-cara memasang perhiasan adalah dengan menggunakan bahagian-bahagian kereta atau kenderaan yang sedia ada tanpa menggunakan peralatan yang akan mencacatkan kereta atau kenderaan tersebut.
- Kami akan pastikan perhiasan kereta atau kenderaan anda selamat dan tidak akan menghadang penglihatan ketika memandu.
e) Cenderahati / Cenderamata / Doorgift Yang Sesuai Buat Menghargai Para Tetamu
- Kami menawarkan berbagai jenis pilihan produk yang sesuai sebagai hadiah buat para tetamu yang hadir untuk majlis dan keramaian serta acara korporat dengan harga yang berpatutan.
- Produk cenderahati kami kebanyakannya berupa koleksi makanan sihat serta snek dan minuman kegemaran ramai.
- Kesemua produk makanan sihat serta snek makanan dan minuman kami diperolehi daripada pengedar yang diyakini demi menjamin ketulenan, kualitas dan keselamatannya. Pihak kami tidak menyimpan stok agar setiap tempahan akan menikmati stok yang baru beserta tarikh luput yang selamat.
- Kami turut menawarkan servis pembungkusan atau presentasi yang bersesuaian buat produk-produk yang dipilih seperti beg organza, beg kain bukan tenunan, beg kertas kraft, tag, sticker dan riben.
f) Sewaan Peralatan Yang Memudahkan Perancangan Mengadakan Majlis & Keramaian
- Kami memudahkan anda untuk mengadakan majlis sederhana seperti pertunangan, doa selamat, zikrullah, selawat, maulid, marhaban, kenduri kendara, kesyukuran, ulang tahun, perayaan, rumah terbuka, acara perusahaan dan sebagainya dengan menyewakan set bufet, skirting meja serta dekorasi yang berkaitan.
- Sewaan Peralatan yang kami tawarkan sesuai untuk digunakan untuk majlis yang diadakan di dalam kediaman ataupun di bawah kolong blok.
- Kami juga menawarkan penyewaan set tepak sirih untuk tujuan merisik, meminang dan pernikahan. Kami ingin menghidupkan kembali adat tradisi menggunakan tepak sireh untuk tujuan-tujuan tersebut agar generasi masa kini dan akan datang dapat menikmati dan meneruskan warisan budaya turun-temurun ini yang penuh simbolisme.
- Kami turut ingin menghidupkan semula istiadat atau upacara merenjis dengan memudahkan penyewaan set tepung tawar yang semakin jarang-jarang dimiliki atau disimpan oleh masyarakat Melayu pada masa kini.
2. Harga & Nilai Yang Berpatutan
- Aksesori tambahan yang digunakan untuk sesebuah tema gubahan hantaran tidak dikenakan bayaran atau bayaran lebih – kami ingin memaparkan kesenian atau seni yang terdapat di dalam gubahan sesebuah tema dengan menggabungkan bersama aksesori yang berkaitan dan kami gembira untuk berkongsi serta menyewakan secara percuma aksesori yang digabungkan ini supaya dapat dipelajari, dinikmati dan diraikan bersama.
- Harga yang kami tawarkan berpatutan dan berdasarkan harga barangan, bahan dan mutu kerja untuk menyiapkan sesebuah gubahan. Pada kami, value atau nilai yang baik serta kualiti sesebuah mutu kerja dan perkhidmatan haruslah sejajar dengan harga kerana harga mencerminkan nilai dan kualiti sesebuah perkhidmatan yang diberi. Adakah anda mahukan sesuatu yang memberi nilai dan menepati keperluan anda? Mana satukah yang penting buat anda? Nilai serta kualiti pekerjaan dan perkhidmatan atau harga yang menjadi faktor utama keputusan yang bakal anda buat?
- Kami akan aturkan keperluan anda mengikuti bajet.
*Sebahagian hasil daripada setiap tempahan atau pembelian dari anda akan kami sedekahkan / dermakan kepada Rumah-rumah Kebajikan yang diiktiraf di Singapura, In Shaa Allah. Semoga Majlis anda & setiap usaha diberkatiNya, Aameen.
3. Perkhidmatan Menghantar Dan Mengambil Kembali (PENTING! sila klik*)
- Kesemua bekas atau dulang, aksesori dan barang yang digunakan untuk gubahan serta barang sewaan untuk majlis akan kami hantar dan ambil kembali dari lokasi majlis.
- Anda tidak perlu tanggalkan atau keluarkan apa-apa daripada barang-barang gubahan, sewaan dan hiasan kerana kami yang akan melakukannya sendiri. Anda hanya perlu mengambil hadiah barang hantaran atau makanan kepunyaan anda – mudahkan?
- Peralatan sewaan juga akan kami hantar, pasang, tanggalkan dan ambil kembali dari lokasi majlis.
- Perkhidmatan menghantar dan mengambil kembali akan memudahkan tugasan anda dan memastikan majlis anda berjalan dengan selamat, tanpa tekanan. Harga yang kami tawarkan berpatutan.
4. Memudahkan Tugasan Anda
- Dapat jimatkan masa – Anda tidak perlu meluangkan lebih masa untuk memikirkan konsep, keluar mencari barangan, mereka, membuat dan menggubah sendiri kerana masa anda terlalu berharga apalagi dengan kesibukan melaksanakan tanggungjawab dan tugasan seharian sambil melakukan persiapan untuk majlis yang bakal diadakan. Kami akan melakukan segalanya untuk anda, sekaligus menjimatkan masa yang boleh makan berhari, berminggu dan berbulan.
- Dapat jimatkan wang dan kurangkan pembaziran – Barangan yang digunakan untuk majlis mungkin akan digunakan hanya sekali dua atau jarang-jarang oleh anda. Seandainya anda membeli sendiri barangan untuk hantaran dan barangan keperluan majlis, anda akan perlu mencari ruang untuk menyimpan setelah selesainya majlis dan jika ianya hanya disimpan, ianya tidak memberi manfaat di dalam kehidupan anda dan orang lain. Ianya hanya akan menjadi bak kata pepatah Inggeris, ‘gajah putih.’ Pastinya membazir dalam jangka masa yang panjang.
- Dapat nikmati perjalanan yang licin tanpa stress atau tekanan – Tentunya, sesuatu yang amat berharga! Adakalanya kami mendengar bahawa tuan rumah atau pengantin yang jatuh sakit apabila majlis menjelang tiba kerana telah memikul banyak tanggungjawab dan tugasan untuk majlis secara sendiri. Ada juga yang mengalami sakit kepala kerana perjanjian pertolongan oleh mereka yang diharapkan tidak dikotakan atau memuaskan, menyebabkan apa yang dihajati tidak menjadi. Mudah-mudahan, bantuan khidmat yang kami berikan dapat mengurangkan perkara-perkara yang tidak diingini.
5. Mendengar Keperluan Anda
- Kami sedia meluangkan masa untuk mendengar apa yang anda inginkan atau kehendaki untuk majlis anda, dan akan cuba sedaya yang mampu untuk merealisasikannya. Kami akan memberi anda pengalaman berurus niaga yang mudah, In Shaa Allah.
6. Kualitas Bukan Kuantitas Fokus Kami
- Kami mengambil tempahan mengikut kemampuan tenaga yang kami ada. Ini ialah supaya kami dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap setiap tempahan. Kami tidak mahu mengambil tempahan terlalu banyak dalam sesuatu masa sehingga menjejas kualitas hasil kerja kami. Kami anggap ini penting supaya tumpuan yang tidak berbelah bagi serta penjagaan yang baik dan sempurna dapat kami berikan kepada setiap pelanggan kami. Dari itu, buatlah tempahan awal agar tidak kecewa nanti!
7. Meraih Manfaat Dari Pengalaman Bersama Kami
- Apabila anda memilih kami, anda bukan sahaja membayar untuk perkhidmatan dari kami tapi anda juga akan mendapat manfaat dari pengalaman bersama kami. Ini termasuk perkhidmatan tambahan, nasihat atau tips dan solusi dari kami. Bukan sahaja perkhidmatan membuat, menggubah atau memasang, tetapi termasuk juga perkhidmatan menghantar dan mengambil kembali barangan yang disewa serta pilihan rekaan-rekaan menarik yang ditawarkan.
- Kami suka bereksperimentasi melalui penyelidikan dan ilmu supaya dapat meningkatkan tahap perkhidmatan serta menghasilkan sesuatu yang baru dan menarik untuk anda. Kami akan mencuba berbagai cara kreatif supaya wang yang anda bayar dapat dimanfaatkan sepenuhnya sehingga pengalaman anda bersama kami amat berbaloi.
- Kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku terutamanya yang terlalu berharga dan dengan ini, anda akan dapat membelanjakan wang anda dengan lebih berkesan dan bijak. Seandainya perkara-perkara yang tidak diingini tidak dapat dielakkan, kami akan cuba dengan sebaik mungkin untuk membantu anda menyelesaikannya, In Shaa Allah.
- Kami memandang serius dan penting setiap tempahan yang kami terima, kecil ataupun besar. Walaupun terdapat banyak pembekal perkhidmatan majlis yang boleh dipilih, namun, pengalaman berurus niaga, perkhidmatan yang ditawarkan, hasil rekaan dan solusi yang diberikan adalah berlainan kerana bezanya pendekatan atau strategi serta cara ‘sentuhan’ setiap insan yang melaksanakannya. Untuk merealisasikan majlis yang anda impikan, anda haruslah memikirkan tentang gambaran keseluruhannya. Apakah yang paling penting buat anda dan kenangan yang bagaimana yang anda inginkan? Anda tidak mempunyai kali kedua untuk membuat percubaan atau ujian untuk majlis anda. Oleh itu, kepada siapakah yang akan anda serahkan tanggungjawab ini?
Merancang, mengurus dan membuat persiapan majlis bukannya tugasan yang mudah. Misalannya, untuk mengatur keseluruhan kelengkapan hantaran, ada banyak yang perlu dipersiapkan selain daripada menghias bekas atau dulang hantaran agar kelihatan rapi, menarik dan sesuai untuk majlis.
Sememangnya, hasil yang terlihat pada sesebuah gubahan hantaran kelihatan seolah-olah boleh dilakukan oleh sesiapa saja, namum, hakikatnya, ianya memerlukan kemahiran, ketelitian dalam mereka sesuatu, pengorbanan masa dan tenaga serta kesabaran yang tinggi kerana ianya boleh mencabar emosi. Begitu juga dengan tugasan mencipta rekaan grafik, menghias dan mengatur keperluan peralatan sewaan untuk majlis. Dari itu, percayalah tawaran jasa kami untuk majlis anda.
Izinkanlah kami meringankan tugasan anda apabila mengadakan sesebuah majlis dengan menawarkan perkhidmatan kami. Mengadakan majlis mungkin hanya sekali atau sesekali, buatlah pilihan dengan berhati-hati dan bijak. In Shaa Allah kami akan melaksanakan apa yang kami tawarkan dengan baik dan cuba sedaya upaya untuk membantu anda merealisasikan impian dan menjayakan majlis anda.