nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Menghias Kamar Pengantin

Menghias Kamar Pengantin nurmajlis.com

Kamar Beradu Idaman Hati

Kamar pengantin atau tempat beradu raja dan permaisuri sehari adalah tempat yang menjadi tumpuan para tetamu selain daripada pelaminan di dalam sesebuah majlis pertunangan atau pernikahan. Ini ialah kerana kamar ini akan digunakan untuk pengantin menghias diri dan juga fotografi bersama tetamu yang hadir di upacara pertunangan atau akad nikah jika ianya diadakan di rumah. Adakalanya, upacara menyarung cincin akan diadakan di kamar juga, terpulanglah pada diri dan keinginan masing-masing.

Katil pengantin pula biasanya akan digunakan untuk meletakkan hadiah-hadiah barangan hantaran yang akan dapat dinikmati bersama oleh para tetamu yang hadir. Sememangnya hati akan berasa seronok apabila menikmati keindahan hiasan kamar beradu untuk raja dan permaisuri sehari apalagi dengan haruman bunga rampai, wangi-wangian dan lampu remang-remang yang mencetuskan suasana majlis yang romantis.

Kami menawarkan khidmat menghias kamar untuk majlis pertunangan dan perkahwinan supaya kemanisan dan keindahan hari yang penting ini dapat dinikmati dengan selesa, tenang dan nyaman. In Shaa Allah, props atau barangan hiasan yang kami gunakan tidak akan memerlukan kerja-kerja menggerudi lubang (drilling) atau memaku yang akan mencacatkan dinding, siling atau kediaman anda. Kami memilih cara dan rekaan yang simple, elegan dan non-intrusive iaitu tanpa sebarang gangguan pada ruang, barangan dan perabot anda yang sedia ada. Namun demikian, rekaan dan hiasan yang dipersembahkan pasti akan menimbulkan suasana yang diingini, In Shaa Allah.

Props atau barangan dekorasi yang kami gunakan untuk menghias kamar adalah seperti berikut:

  • Sehelai kain cadar *kaitan krusye benang emas (berukuran saiz permaisuri, full drop / jatuh penuh)
  • Sehelai kain alas cadar berwarna emas (berukuran saiz permaisuri, full drop / jatuh penuh)
  • Sebuah bantal saiz panjang (beralas kain berwarna emas beserta *kaitan krusye benang emas)
  • 2 Buah bantal kusyen (beralas kain berwarna emas beserta *kaitan krusye benang emas)
  • Sehelai alas *kaitan krusye benang emas untuk perabot atau meja cermin
  • Dua helai alas bercorak emas untuk meja sisi katil

*Semua kaitan krusye (crochet) benang emas adalah edisi khas dan eksklusif yang dikait sendiri oleh ibunda kami (buatan tangan / handmade) dengan penuh kasih sayang serta ketekunan. Ini membuatnya amat unik dan istimewa. Setiap satu corak kaitan dicantum antara satu sama lain bagi membentuk sehelai alas. Ianya amat sesuai untuk digabungkan dengan berbagai warna lembut yang dipilih sebagai alas katil, bantal atau kusyen.

Jika diikutkan, nilai sebenar untuk mengait set kain cadar beserta bantal-bantal kusyen dan alas untuk perabot sebegini pasti akan mencecah ribuan dolar setelah memfaktorkan kerumitan hasil kerja tangan serta kos bahan / peralatan dan pembikinan. Namun demikian, harga yang kami tawarkan untuk penyewaan set kain cadar kami amat berpatutan. Sila lihat Harga & Pakej kami.

  • Tiang backdrop – Amat sesuai terutamanya untuk diposisikan di kepala katil yang tidak membelakangkan tingkap agar tingkap tidak terhadang atau tertutup. Ini membolehkan udara segar, angin serta cahaya untuk tetap dapat dinikmati dan kamar tidak terasa pengap kerana tidak bertingkap.
  • Kain-kain tirai backdrop berwarna
  • Bunga-bungaan
  • Pasu-pasu bunga
  • Hiasan gantung
  • Lampu-lampu hiasan
  • Tiang-tiang lampu & bunga.
  • Dua buah bingkai gambar berukuran saiz A4 – Reka bentuk grafik / desain boleh diubah suai rekaan dan kata-katanya, mengikut citarasa anda. Di bawah ini, kami mereka desain yang memaparkan ucapan doa buat pengantin di dalam bahasa Arab dan Melayu kerana sesungguhnya, tiada kata-kata yang seindah doa yang terbaik untuk mengiringi mahligai yang dibina.

*Kerja-kerja menggerudi lubang atau memaku tidak diperlukan.

Hiasan Kamar Pengantin nurmajlis.comBingkai Desain Doa Untuk Kamar Pengantin nurmajlis.com

Sebagai ucapan tahniah dan tanda penghargaan dari pihak kami, pasangan mempelai yang mengambil khidmat menghias kamar dari kami akan dihadiahkan kedua bingkai desain doa buat pengantin berukuran saiz A4 seperti contoh di atas.

Sila layari laman *PORTFOLIO kami untuk melihat Hiasan Kamar Pertunangan / Perkahwinan…

Kembali Ke Atas

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi