nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Menghias Kereta Pengantin

Menghias Kereta Pengantin nurmajlis.com

Gaya Ketibaan Penuh Hormat

Hari Perkahwinan adalah hari yang bersejarah buat setiap pasangan yang ingin melalui penghidupan bersama. Di dalam adat istiadat perkahwinan Melayu, terdapat beberapa upacara yang perlu dilalui oleh pasangan pengantin. Selain daripada pengantin lelaki datang ke rumah atau lokasi majlis pengantin perempuan untuk upacara pernikahan, kedua pengantin perlu saling kunjung-mengunjungi untuk upacara persandingan. Adat bertandang ke rumah pasangan masing-masing atau lokasi di mana kedua majlis diadakan amatlah penting untuk sama-sama memberi penghormatan kepada keluarga pasangan serta saudara-mara dan sahabat handai agar dapat saling bertemu dan berkenalan antara satu sama lain.

Biasanya, pasangan pengantin akan tiba ke lokasi majlis dengan menaiki kenderaan khas. Kenderaan yang sering dipilih adalah sebuah kereta yang akan dihias indah supaya kelihatan istimewa bak kenderaan diraja sebagai tanda penghormatan buat pasangan pengantin. Kenderaan akan dihiasi dengan reben-reben berwarna, bunga-bungaan, daun-daunan, bingkai atau papan yang mencatitkan kata-kata istimewa, kain netting, satin atau organza dan sebagainya. Apabila kenderaan pengantin dihiasi dengan serinya, pasti ianya akan terserlah apabila berada di jalan raya atau di tempat meletak kereta dan mudah dikenal pasti atau dilihat kehadirannya oleh mereka yang menunggu. Ianya pasti akan memeriahkan lagi suasana perkahwinan apalagi dengan iringan paluan alunan kompang dan perarakan yang terdiri daripada saudara-mara atau sahabat handai dari pihak masing-masing.

Kami menawarkan perkhidmatan menghias kereta pengantin dengan menggunakan bunga-bungaan serta daun-daunan yang segar dan juga artifisial beserta aksesori yang berkaitan. Kami mengambil pendekatan yang simple, klasik dan selamat (buat anda dan kenderaan), namun demikian, tetap menyerlah keanggunannya. Perhiasan akan dipasangkan dengan menggunakan bahagian-bahagian kereta atau kenderaan yang sedia ada tanpa menggunakan peralatan yang akan mencacatkan kereta atau kenderaan tersebut. Kami akan pastikan perhiasan kereta atau kenderaan anda selamat dan tidak akan menghadang penglihatan ketika memandu.

Antara Idea-idea Untuk Menghias Kereta Pengantin termasuk: 

  • Bingkai atau papan tanda seperti “Baru Bernikah / Berkahwin” 

Satu-satunya idea hiasan kereta yang evergreen kerana ianya merupakan gaya hiasan yang tidak akan dianggap ‘lapuk.’ Amat sesuai juga untuk meraikan ulangtahun perkahwinan pasangan yang sudah lama berumah tangga, tetapi masih kekal romantis dan ingin memperbaharui ikrar kesetiaan masing-masing, iaitu hanya dengan menukar kata-kata yang digunakan.

  • Bingkai atau papan tanda seperti “Bahagia Selama-lamanya” 

Sesuai untuk meraikan kisah cinta pasangan yang perlu melalui berbagai cabaran sebelum akhirnya berjaya disatukan dan juga bagi mereka yang mempunyai kisah cinta yang menarik.

  • Bunga-bungaan beserta daun-daunan artifisial atau segar, reben-reben berwarna, kain netting, satin atau organza berwarna, belon, pelekat / decal kereta dan sebagainya

Kesemua bahan-bahan hiasan ini bukan sahaja memaklumkan tujuan kereta dihias, malah mengumumkan bahawa pasangan yang dibawa baru sahaja berumah tangga. 

Gubahan Hiasan Kereta Pengantin nurmajlis.com

Sila layari laman *PORTFOLIO kami untuk melihat Hiasan Kereta Pengantin…

*Kesemua hiasan kereta, termasuk bunga-bungaan beserta daun-daunan artifisial adalah atas dasar sewa untuk dua hari. 

Kembali Ke Atas

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi