nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Penerangan Logo

Penerangan Logo nurmajlis.com

nurmajlis.com Logo

Logotype – Tipografi

Kami memilih untuk menggunakan jenis huruf tipografi Sans Serif untuk identiti jenama kami kerana sifatnya yang bersih, kemas dan sederhana, namun tetap memberi kesan kestabilan serta keyakinan yang kukuh. 

Ejaan identiti jenama yang menggunakan huruf abjad kecil / lowercase pula bukan sahaja senang dibaca, tetapi mencerminkan sikap kami yang terbuka, mudah didekati dan kasual. 

Latar Belakang Jelas / Transparent Tanpa Bentuk Tertentu

Kami tidak menggunakan sebarang bentuk untuk mengeilingi identiti jenama kami supaya ianya terdedah dan mudah disatukan dengan warna-warna di sekeliling. Warna putih yang kami pilih dan gunakan sebagai background untuk laman sesawang ini, setelah digabungkan dengan identiti jenama kami, melambangkan keikhlasan, semangat dan kesungguhan kami di dalam menjalankan setiap tugasan. Kami tidak dipengaruhi oleh sebarang batasan, pengecualian atau sikap memilih-milih di dalam menghulurkan bantuan.

Simbol Dua Hati 

Simbol dua hati yang kami gunakan memainkan dua peranan. Pertama, ianya adalah representasi sinaran atau cahaya (‘nur’) yang memancar, manakala yang kedua, sebagai lambang sifat kami yang suka membantu dan melaksanakan tugasan dengan penuh komitmen serta keprihatinan seolah-olah untuk diri kami sendiri. Hasilnya adalah rekaan dan perkhidmatan yang lahir dari hati ke hati yang penuh ketulusan dan kemesraan. 

Pilihan Warna Merah Muda Dan Ungu Tua

Kami menggunakan dua warna untuk identiti jenama kami iaitu warna merah muda dan ungu tua. Warna merah muda dipilih kerana ianya adalah warna feminin yang membangkitkan perasaan cinta, kasih sayang, romantis dan kelembutan serta memberi efek kehangatan yang sederhana lagi selesa. Manakala warna ungu tua pula dikaitkan dengan kerohanian, ketenangan, kesuksesan serta kekuatan mental dan fokus di dalam menjalankan tugasan.  

TAGLINE: ‘sinar tradisi pada zaman kini’

Matlamat kami adalah untuk mengembalikan serta menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi masyarakat Melayu di dalam perkhidmatan yang ditawarkan, baik untuk majlis pertunangan, perkahwinan mahupun keramaian dan membawanya ke era yang baru. Dengan ini, adalah harapan kami agar kewujudannya dapat terus dikekalkan serta menjadi kebanggaan generasi masa kini dan akan datang. Maka lahirlah tagline ‘sinar tradisi pada zaman kini’ yang bermaksud sinar atau cahaya (‘nur’) tradisi yang terus memancar mengikut citarasa masa kini.

Penerangan Logo nurjawda

nurjawda logonurjawda logo2

Logotype, Simbol dan Desain

Kami menggunakan logotype, simbol, desain dan susun atur logo yang sama untuk jenama produk kami, nurjawda – sinar amalan hidup sihat, dalam bahasa Inggerisnya the glow of healthy living, agar ianya mudah dikenali sebagai salah satu jenama milik nurmajlis.com. Dari itu, maksud atau pengertian di sebalik pilihan logotype dan simbol adalah sama secara keseluruhan.

Perkataan ‘jawda’ dipetik daripada bahasa Arab yang bermaksud kualiti. Dengan perkataan lain, jenama produk kami, nurjawda, membawa makna ‘sinar atau cahaya kualiti’.

Simbol Dua Hati 

Simbol dua hati di dalam konteks ini mempunyai makna tambahan selain daripada yang tertera pada penerangan identiti jenama nurmajlis.com yang asal. 

Oleh kerana jenama produk ini berkaitan dengan penjagaan kesihatan, simbol dua hati yang digunakan adalah sebagai representasi ‘jantung’ yang berdegup riang, apabila mengamalkan pemakanan serta gaya hidup yang sihat dan seimbang. Ianya juga sebagai lambang kesihatan.

Pilihan Warna Cokelat Muda Dan Cokelat Tua

Kami memilih dua warna yang berbeza iaitu warna cokelat muda keemasan dan cokelat tua. Warna-warna tersebut dipilih kerana keduanya sering dikaitkan sebagai warna bumi di mana Allah SWT menumbuhkan segala tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan seperti kurma, zaitun, tin, aprikot, anggur, kekacang dan berbagai jenis tanaman-tanaman lain yang serba indah lagi menyihatkan. Warna cokelat juga memberikan efek kehangatan, kenyamanan dan keamanan selain kesan kepercayaan, kecemerlangan, tanggungjawab dan ketekunan.

TAGLINE: ‘sinar amalan hidup sihat’

Matlamat kami di dalam menghasilkan dan mempromosikan produk makanan sihat adalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di mana Baginda menganjurkan agar umatnya mengamalkan penjagaan pemakanan yang seimbang melalui pengambilan beberapa jenis makanan sihat. 

Di dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari, Baginda Rasulullah SAW menegaskan,

“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.”

Namun demikian, makanan sihat yang ingin kami ketengahkan bukanlah hanya makanan ‘sunnah,’ iaitu yang telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan yang terdapat di wilayah Arab pada zaman Baginda sahaja. Ini ialah kerana terdapat juga berbagai jenis dan bentuk makanan sihat lain di merata dunia yang Allah SWT ciptakan untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh manusia sejak zaman-berzaman. Sememangnya, makanan sihat yang dianjurkan oleh Baginda tidak terkira khasiatnya, terutamanya jika diamalkan dengan betul dan secara istiqomah. 

Kami percaya bahawa dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat, sinar atau cahaya (‘nur’) kesihatan pasti akan terpancar pada diri pengamalnya. Dari itu, kami memilih tagline ‘sinar amalan hidup sihat’ atau dalam bahasa Inggerisnya, ‘the glow of healthy living’, untuk produk makanan sihat kami dengan harapan agar sunnah Baginda untuk mengamalkan pemakanan yang sihat secara keseluruhannya, bukan sahaja kekal hidup dan bercahaya di masa kini, tetapi menerusi cahaya pengamalan yang berkualiti .  

Produk-produk nurjawda kami boleh anda lihat di laman Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis.

Kembali Ke Atas

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi