nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Gubahan Bertema Budaya

Tema Budaya Tionghua – Melayu

Tema Budaya Tionghua-Melayu yang kami gubahkan di sini bermaksud meraikan penyatuan dua hati yang mempunyai budaya yang berbeza iaitu Tionghua dan Melayu. Kami gabungkan aksesori yang menonjolkan ciri-ciri budaya dari kedua belah pihak sebagai hadiah khas untuk pengantin yang berbudaya Tionghua. Selain menggunakan warna merah yang melambangkan petanda baik dan kegembiraan pada masyarakat Tionghua, kami juga menggunakan aksesori yang biasa digunakan di dalam perkahwinan orang Tionghua seperti bakul merah kemakmuran tradisional, kipas dan sebagainya. Kami juga menggabungkan tanglung merah iaitu salah satu benda penting dan unsur kebudayaan dalam masyarakat Tionghua berserta tudung saji orang Melayu kerana kedua-duanya dilihat sebagai sejenis alat pelindung. Tanglung melindungi lilin dari tiupan angin ketika berjalan di waktu malam, manakala tudung saji pula adalah alat yang digunakan untuk melindungi makanan daripada unsur-unsur yang tidak diingini seperti lalat, kotoran dan sebaganya. Kedua-duanya kami pamerkan sebagai lambang agar perkahwinan ini akan sentiasa dilindungi Allah SWT daripada perkara-perkara yang tidak diingini dengan izinNya, In Shaa Allah. Selain tudung saji, kami juga menggabungkan satu lagi simbol kebudayaan orang Melayu yang penting iaitu tepak sireh sebagai tanda mulanya persaudaraan.

GUBAHAN HANTARAN TEMA TIONGHUA-MELAYU nurmajlis.com

Tema Budaya India Muslim

Tema Budaya India Muslim yang kami gubahkan ini pula adalah khas untuk pengantin yang berketurunan India Muslim dan juga mereka yang baru memeluk agama Islam. Di sini, kami gunakan beberapa aksesori yang penuh simbolisme di dalam budaya masyarakat India dan India Muslim antaranya seperti lampu lilin dan kalung bunga. Lampu lilin adalah simbol tenaga positif dan harapan maka kami gunakan di sini sebagai tanda agar kasih sayang di antara mereka akan terus hidup menyala, bahagia dan berkekalan. Kalung bunga pula adalah lambang kegembiraan masyarakat India apabila menyambut tetamu yang istimewa. Mengalungkan bunga adalah sebagai menyatakan perasaan mereka yang mengalu-alukan kedatangan atau kepulangan tetamu tersebut. Di dalam perkahwinan pula kalung bunga adalah simbol kesejahteraan serta kebahagiaan rumahtangga. Walau apa juga simbolisme yang terdapat pada sekalung bunga, kepentingannya sebagai tanda ikhlas dan kegembiraan kedua belah keluarga di dalam menyambut kedua mempelai sebagai menantu di dalam keluarga masing-masing tidak boleh dinafikan dan harus diraikan.

GUBAHAN HANTARAN TEMA BUDAYA INDIA MUSLIM nurmajlis.com

Tema Budaya Kaukasia – Melayu

Tema budaya Kaukasia yang kami ketengahkan ini menggunakan konsep pakaian pengantin lelaki barat yang popular dipakai ketika majlis perkahwinan iaitu tuxedo yang bertali leher ‘bow’ atau ‘kupu-kupu satin berwarna hitam berserta butang satin hitam. Pakaian tuxedo memang sentiasa menjadi pilihan pengantin lelaki barat kerana ianya dianggap pakaian rasmi, unik dan segak serta terserlah bila dipakai bukan saja untuk majlis-majlis khusus dan penting seperti perkahwinan tetapi juga untuk majlis makan malam, penganugerahan, keramaian dan sebagainya. Di dalam gubahan ini, kami gabungkan pakaian pengantin lelaki yang biasa dipakai oleh lelaki Kaukasia dan lelaki Melayu. Selain mempersembahkan dulang yang berkonsepkan baju tuxedo, kami memasukkan sebiji tanjak iaitu busana yang dipakai di bahagian kepala oleh lelaki Melayu. Tanjak sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam berbagai acara adat istiadat bangsa Melayu. Tanjak biasanya akan dipadankan dengan bengkung, samping dan baju Melayu berserta keris. Tak hairanlah jika ianya juga sering menjadi pilihan raja sehari yang pastinya akan nampak segak dan tampan bila menggayakannya. Dengan menggabungkan dua simbol istimewa ini, kami berharap pengantin lelaki Kaukasia yang menerima hadiah-hadiah yang kami persembahkan ini akan berasa ada sesuatu hubungan atau koneksi kebudayaan bersama bakal pasangan hidupnya.

GUBAHAN HANTARAN TEMA BUDAYA KAUKASIA-MELAYU nurmajlis.com

GUBAHAN HANTARAN TEMA BUDAYA KAUKASIA-MELAYU nurmajlis.com

Gubahan hadiah hantaran khas untuk pengantin perempuan Kaukasia di atas ini pula kami persembahkan menggunakan konsep kain veil atau kelubung yang biasa dipakai oleh perempuan Kaukasia di dalam majlis perkahwinan mereka. Pada bangsa Kaukasia, veil adalah simbol keperawanan dan kesopanan. Biasanya pengantin perempuan akan menutup wajah mereka dengan veil apabila menghadiri upacara perkahwinan dan ianya hanya akan dibuka oleh bapanya sebelum diserahkan kepada pengantin lelaki. Adakalanya pula, pengantin lelaki itu sendiri yang akan membukanya bila masa untuk upacara perkahwinan dimulakan. Adat ini tidak berbeza dengan bangsa Melayu kita di mana juru andam atau pengapit akan menutup wajah pengantin perempuan biasanya dengan kipas tangan atau kain daripada pandangan pengantin lelaki yang datang bertandang. Hanya setelah izin diberi, barulah pengantin lelaki akan dapat melihat wajah pengantin perempuan dan bersanding bersama. Oleh itu, kami gabungkan kepentingan simbol ‘penutup’ dari kedua budaya ini dan menggabungkannya di dalam gubahan ini. Sireh juga turut kami sertakan sebagai simbol penyeri bagi pengantin perempuan.

Sila layari laman Gubahan Bertema Budaya kami untuk keterangan.

Seterusnya…Gubahan Beraneka Kek & Manisan

Kembali ke laman PORTFOLIO…

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi