Dekorasi yang boleh dikitar semula untuk digunakan di dalam kehidupan dan dibuat kenangan abadi!
Inilah matlamat kami…
Pernahkah terlintas di dalam fikiran anda bahawa alangkah baiknya jika dekorasi yang anda tempah dan gunakan untuk majlis anda dapat digunakan dan dinikmati kembali di dalam kehidupan seharian anda seperti di kediaman, kamar tidur, ruang tamu atau ruang makan dan sekaligus, ianya juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan kelengkapan kediaman atau rumah baru anda nanti? Dekorasi yang kami maksudkan adalah bahan publisiti majlis seperti banner, poster, dekorasi backdrop dan sebagainya. Dekorasi yang berasal terus dari majlis amat penuh maknanya kerana ianya mempunyai elemen masa/realiti serta keindahan kenangan yang boleh disentuh, dinikmati dan diabadikan selamanya dengan penjagaan yang betul!
Berikan majlis istimewa anda sentuhan publisiti yang direka oleh kami dengan tujuan agar dapat dikitar atau digunakan semula selepas berlangsungnya majlis.
Amat ideal untuk diletakkan di lokasi majlis sebagai dekorasi yang berpatutan harganya, lagi peribadi dan unik dengan adanya gambar dan informasi anda tersendiri.
Kelebihan mengadakan atau mempamerkan bahan publisiti ketika majlis adalah supaya para tetamu yang hadir akan dapat melihat wajah kedua pengantin atau mereka yang diraikan dengan jelas dan lebih dekat lagi walaupun tidak berkesempatan bertemu muka.
Ini ialah kerana adakalanya kedua mempelai atau mereka yang diraikan perlu ‘bergerak’ atau meninggalkan lokasi majlis untuk ke kamar bagi menyalin pakaian, berehat, keluar bertandang ke majlis pasangan dan sebagainya. Justeru itu, bahan publisiti yang biasanya akan mempamerkan wajah-wajah mereka yang diraikan beserta informasi, dapat memberi gambaran siapakah mereka kepada para tetamu yang hadir pada masa-masa tersebut untuk dibawa pulang.
Publisiti majlis juga dapat membantu memberi arah tuju ke rumah atau dewan di mana majlis diadakan kepada para tetamu.
Namun, untuk mencapai tujuan ini dan menentukan kesesuaian bahan-bahan ini untuk dikitar semula kegunaannya, anda perlulah bijak menyusun informasi dan reka bentuk grafik untuk dipamerkan sebagai bahan publisiti ketika majlis. Bayangkan sama ada reka bentuk grafik keseluruhan yang anda tempah untuk majlis sesuai untuk digunakan kembali untuk diletakkan di ruang kediaman anda selepas berlangsungnya majlis. Bolehkah ianya digunakan bulat-bulat tanpa perlu membuat sebarang ubah suaian secara D.I.Y. misalnya, ataupun perlukah ianya dipotong dan dibingkaikan menjadi gambar hiasan untuk digantung di dinding sebagai dekorasi kediaman dan sebagainya. Banner dan backdrop yang berbentuk berdiri boleh juga anda gunakan sebagai skrin atau divider untuk menghadirkan suasana privasi yang unik di kamar atau beranda/balkoni rumah. Ianya juga boleh digunakan untuk membahagikan bilik atau mana-mana ruang di rumah anda untuk tujuan tertentu.
Informasi yang anda ingin pamerkan untuk majlis perlulah difikirkan dengan teliti sebelum membuat tempahan. Kebiasaannya, informasi untuk majlis akan mempamerkan ucapan-ucapan seperti “Selamat Pengantin Baru” atau “Selamat Datang Ke Majlis Walimatul ‘Urus…&…,” “Raikan Kisah Cinta…&…,” “Tahniah,” “Nama,” “Tarikh,” “Masa,” “Lokasi,” “Jadual Majlis” dan sebagainya. Walaupun ada yang suka informasi sebegini dijadikan hiasan di rumah sebagai kenangan abadi terutamanya pasangan yang baru berumah tangga, namun, ada yang menganggap ianya tidak sesuai dan berasa segan untuk dipamerkan lagi setelah beberapa tahun berumah tangga, terutamanya setelah beranak pinak!
Untuk memastikan agar ianya kekal sesuai untuk digunakan sebagai kenangan abadi, reka bentuk grafik dan informasi haruslah bersesuaian untuk kegunaan majlis dan secara peribadi. Informasi majlis boleh juga direka dengan cara di mana ianya tidak “mengganggu” gambar anda bersama pasangan yang dipamerkan supaya gambar tersebut mudah dan cantik bila dipotong untuk dibingkaikan menjadi hiasan seni dinding. Ketahuilah bahawa apa yang menghadkan penggunaan kembali bahan publisiti majlis anda adalah imaginasi, kreativiti dan minda atau fikiran terbuka anda untuk kemungkinan tersebut.
Dari itu, kemungkinan kegunaan kembali banner, bunting poster dan dekorasi backdrop boleh disenaraikan seperti berikut:
- Hiasan Seni Dinding
- Skrin privasi untuk kediaman / pemisah ruang
- Dikitar semula untuk hiasan atau digunakan kembali –
- Beg dan Beg Tote – Beg tidak terhad kepada beg pasar! Ianya boleh dikitar menjadi beg duit, make-up, komputer, makanan, tote basikal dan sebagainya
- Kes untuk barangan seperti alat musik, pakaian ( untuk melancung) kotak hiasan dan sebagainya
- Tanda buku, penutup kalis air untuk barangan dan peralatan, alas meja, fesyen pakaian, pemegang botol dan banyak lagi
Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan kitar semula barang-barang seperti yang disenaraikan di atas.
Kami menawarkan khidmat mereka dalam reka bentuk grafik untuk bahan publisiti seperti:
- banner
- poster (Poster tripod easel besi (kaki tiga, saiz maksima A1) akan kami sewakan untuk majlis sekiranya tidak anda miliki)
- backdrop
- kad undangan berbagai tema untuk majlis seperti perkahwinan, aqiqah, kesyukuran dan sebagainya dalam bentuk cetakan dan digital
Bahan material yang digunakan adalah berbagai seperti:
- Vinil atau Vinyl
- PVC
- Art Card & Papan Pelakap atau Mounting Board beserta Bingkai (untuk poster)
Pendekatan gaya reka bentuk grafik yang kami ambil adalah berbentuk timeless klasik dan kontemporari. Kami juga mengambil tempahan untuk mereka tema, corak dan warna mengikut citarasa anda.
Sebelum membuat sebarang tempahan, sebaiknya fikirlah terlebih dahulu bersama pasangan anda apa yang diinginkan. Dekorasi publisiti majlis tentulah amat sayang dan membazir jika ianya hanya digunakan sekali saja dan selepas itu dijadikan penghuni tetap di bilik setor rumah anda untuk selamanya.
Banner Majlis Perkahwinan Dikitar Semula
Di bawah ini kami persembahkan poster dan banner reka bentuk grafik yang kami reka dengan tujuan agar ianya boleh dikitar kembali untuk dibuat hiasan seni dinding atau skrin privasi dan pemisah ruang di rumah pasangan selepas berlangsungnya majlis perkahwinan. Informasi yang kami sertakan adalah Doa Pengantin Baru serta terjemahannya dalam bahasa Melayu dan Inggeris iaitu:
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ
“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.”
“May Allah bless you and shower His blessings upon you and unite you both in goodness.”
Gambar pasangan adalah yang mengenakan pakaian smart kasual. Anda juga boleh berpakaian pengantin supaya kelihatan lebih rasmi dan sesuai dengan majlis. Namun, jika anda dan pasangan mahukan sesuatu yang santai atau kurang rasmi, kami akan cuba merealisasikan citarasa anda.
Ada juga pasangan yang mahukan bahan publisiti tetapi berasa segan untuk mempamerkan gambar mereka. Ini tidak menjadi masalah buat kami. Kami akan cuba mereka sesuatu yang unik hanya untuk anda.
Poster Dan Banner Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Dikitar Semula
Di bawah ini pula, kami persembahkan poster dan banner reka bentuk grafik yang kami reka dengan tujuan agar ianya boleh dikitar kembali untuk dibuat hiasan seni dinding untuk kamar si manja selepas berlangsungnya majlis aqiqah. Walaupun informasi majlis telah kami potong dalam proses mengitar semula, namun, namanya tetap boleh dipilih untuk disertakan sama di dalam gambar mengikut citarasa. Ini ialah kerana, ketika mereka poster ini, kami telah menjarakkan namanya agar berjauhan sedikit daripada informasi majlis supaya seandainya dipotong, hasil keseluruhan tetap akan kelihatan seimbang. Kedua poster dan banner telah dibingkaikan agar lebih kemas dan tahan lama untuk dijadikan seni hiasan dinding.
Kad Walimatul ‘Urus
Sila layari laman *PORTFOLIO kami untuk melihat Reka Bentuk Grafik rekaan kami...
Terma & Syarat Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
*Pihak kami juga menyediakan Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik dalam bentuk cetakan dan digital untuk pelbagai keperluan peribadi, urusan serta perusahaan anda seperti mempromosi produk, syarikat dan iklan selain untuk majlis.
Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.