TEMPAHAN, PEMULANGAN & PEMBAYARAN BALIK
Q1. Bagaimanakah caranya untuk saya membuat tempahan untuk produk / pakej dan perkhidmatan dari nurmajlis.com?
J. Anda boleh hubungi kami untuk membuat tempahan. Kami boleh dihubungi melalui telefon, SMS, WhatsApp, borang kontak, emel dan surat siput. Setiap tempahan tertakluk kepada penerimaan dan ketersediaan stok barangan serta tenaga kerja pada tarikh yang diperlukan. Setelah disahkan ada dan persetujuan untuk tempahan dibuat, anda perlu membuat pembayaran dan mendapatkan invois rasmi / pengesahan dari kami sebagai bukti perjanjian dan pembayaran.
Q2. Perlukah saya membuat bayaran penuh apabila membuat tempahan?
J. Tidak. Anda hanya perlu membayar wang cengkeram / pendahuluan sebagai konfirmasi tempahan.
Q3. Bolehkah saya membuat tempahan tanpa membayar wang cengkeram / pendahuluan?
J. Tempahan anda tidak dianggap sah tanpa pembayaran wang cengkeram / pendahuluan. Setelah bayaran diterima, barulah pengesahan tempahan perkhidmatan dibuat secara lisan dan bertulis, maka wujudlah persetujuan/ perjanjian berurus niaga di antara anda dengan kami.
Q4. Bolehkah saya membuat penukaran pada produk / pakej tempahan atau perkhidmatan yang dipilih setelah membuat pembayaran wang cengkeram / pendahuluan?
J. Anda tidak dinasihatkan untuk menukar produk / pakej tempahan atau perkhidmatan yang dipilih setelah membuat pembayaran wang cengkeram / pendahuluan. Namun demikian, penukaran tempahan pada produk / pakej atau perkhidmatan hanya boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas tempahan dan pembayaran wang cengkeram / pendahuluan dibuat.
Sejurus selepas tempoh ini berlalu, kami akan memulakan tugasan tanpa berlengah. Kerja-kerja merancang, mereka, menggubah, membuat dan sebagainya akan segera kami mulakan kerana kami memerlukan masa untuk mengendalikan sesebuah tempahan atau perkhidmatan supaya dapat menjaga kualiti hasil kerja tangan serta perkhidmatan yang diberi. Ini juga dapat memastikan kami dapat melaksanakan tempahan anda tepat pada harinya.
Namun demikian, sekiranya anda mempunyai alasan yang munasabah untuk membuat penukaran selepas tempoh yang diberikan, kami akan cuba mempertimbangkannya kerana ianya juga tertakluk kepada tahap perlaksanaan tugasan yang telah kami mulakan.
Q5. Bolehkah saya membuat penukaran pada tempahan Cenderahati / Cenderamata / Doorgift atau membatalkan tempahan yang dipilih setelah membuat pembayaran wang cengkeram/ pendahuluan?
J. Penukaran produk tidak boleh dilakukan setelah wang cengkeram / pendahuluan dibayar. Ini adalah atas dasar perjanjian yang dibuat dengan pembekal kami. Dari itu, anda dinasihatkan supaya memilih produk dengan berhati-hati sebelum membuat sebarang tempahan.
Anda tidak digalakkan untuk membatalkan tempahan setelah pembayaran wang cengkeram / pendahuluan dibuat. Sekiranya pembatalan berlaku, wang cengkeram / pendahuluan yang telah dibayar tidak akan dapat anda terima kembali.
Namun demikian, seandainya stok produk yang telah ditempah tidak dapat kami perolehi di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, kami akan pulangkan wang cengkeram / pendahuluan anda secara keseluruhan.
Q6. Bolehkah saya membuat tempahan tambahan atau upgrade tempahan yang sedia ada setelah membuat pembayaran wang cengkeram / pendahuluan?
J. Ya, anda dibenarkan membuat tempahan tambahan atau upgrade tempahan yang sedia ada setelah membuat pembayaran wang cengkeram / pendahuluan?
Seeloknya, tambahan pada tempahan produk / pakej atau perkhidmatan sekiranya ada, bolehlah anda buat di dalam tempoh 24 jam setelah tempahan dan bayaran wang cengkeram / pendahuluan dibuat. Sekiranya tempahan tambahan ingin anda buat selepas tempoh ini, kami akan cuba menerimanya sekiranya ianya di dalam kawalan dan keupayaan kami.
Q7. Bolehkah saya memulangkan kembali produk-produk yang telah dibeli dan diterima sama ada bermasalah ataupun tidak?
J. Kami tidak menerima kembali atau memproses pulangan dan pembayaran balik produk-produk yang telah dibeli dan diterima oleh anda. Dari itu, anda dinasihatkan untuk memeriksa kesemua produk di saat penghantaran untuk mengesahkan semuanya dalam keadaan baik dan memuaskan.
Seandainya terdapat produk-produk yang rosak atau kurang memuaskan di saat pemeriksaan, kami akan menukarkannya dengan yang baru. Namun demikian, anda tidak perlu khuatir kerana kami akan memeriksa sendiri segala produk yang kami hasilkan atau keluarkan untuk memastikan ianya di dalam keadaan baik sebelum menghantar dan menyerahkan ke tangan anda.
BAYARAN WANG CENGKERAM / PENDAHULUAN & CAGARAN
Q1. Berapakah jumlah pembayaran wang cengkeram / pendahuluan yang perlu saya bayar untuk tempahan produk / pakej dan perkhidmatan?
J. Anda diperlukan untuk membuat bayaran wang cengkeram / pendahuluan sebanyak 50% dari jumlah harga keseluruhan untuk mengesahkan tempahan, baik untuk produk / pakej atau perkhidmatan.
Q2. Bolehkah saya menerima kembali wang cengkeram / pendahuluan yang telah dibayar sekiranya saya mahu membatalkan tempahan produk / pakej atau perkhidmatan?
J. Wang cengkeram / pendahuluan yang telah anda bayar tidak akan dipulangkan kembali jika berlakunya pembatalan tempahan produk / pakej atau perkhidmatan.
Pembatalan tempahan untuk perkhidmatan Reka bentuk Grafik pula adalah seperti berikut:
- Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat sebelum proses rekaan bermula dan percetakan dijalankan.
- Seandainya pembatalan dibuat selepas draf reka bentuk grafik diberikan, wang cengkeram / pendahuluan anda tidak akan kami kembalikan.
- Seandainya pembatalan dibuat setelah proses percetakan telah dimulakan, anda perlulah membuat pembayaran mengikut peringkat kerja yang telah disiapkan.
Q3. Bagaimanakah caranya saya boleh membuat pembayaran wang cengkeram / pendahuluan?
J. Anda boleh membuat pembayaran dengan berjumpa kami. Kami menerima pembayaran wang tunai. Jika anda ingin membayar dengan menggunakan cek, kami akan menasihatkan anda mengenai langkah selanjutnya. Sebagai langkah keselamatan, pihak kami tidak menerima wang cengkeram / pendahuluan melalui internet banking.
Q4. Bilakah saya diperlukan untuk membuat pembayaran baki harga tempahan produk / pakej dan perkhidmatan yang telah diterima?
J. Anda perlu jelaskan baki bayaran di saat penghantaran iaitu ketika kami menyerahkan produk tempahan kepada anda atau selesai memasang peralatan barang sewaan.
Q5. Mengapakah cagaran perlu dibayar untuk produk / pakej dan perkhidmatan?
J. Cagaran diperlukan sebagai jaminan untuk barangan dan peralatan yang digunakan dan disewakan seperti bekas / dulang hantaran, rangka gubahan, aksesori, alas dulang, barangan menghias kamar, menghias kereta, peralatan bufet dan sebagainya.
Q6. Berapakah jumlah cagaran yang perlu dibayar untuk produk / pakej dan perkhidmatan?
J. Cagaran berjumlah SGD$50.00 diperlukan untuk tempahan semua jenis gubahan hantaran, sireh junjung / sireh dara, bunga telur / bunga pahar dan perhiasan kereta yang berupa sewaan, manakala cagaran berjumlah SGD$100.00 diperlukan untuk sewaan peralatan majlis dan perhiasan kamar.
Q7. Adakah cagaran yang perlu dibayar akan dipulangkan kembali kepada saya?
J. Ya, kami akan memulangkan cagaran ini kepada anda sekiranya kondisi barang-barang tersebut kami terima kembali dalam keadaan baik. Inilah harapan kami.
PENGHANTARAN & PENGAMBILAN KEMBALI
Q1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi harga yang ditawarkan bagi perkhidmatan menghantar dan mengambil kembali?
J. Harga yang kami tawarkan ini tertakluk kepada kuantiti tempahan, saiz barang-barang sewaan serta jarak perjalanan kerana semua ini akan mempengaruhi bentuk dan saiz kenderaan yang diperlukan.
Q2. Berapakah bayaran perkhidmatan menghantar dan mengambil kembali bagi gubahan hantaran?
J. Khidmat menghantar dan mengambil kembali bagi gubahan hantaran adalah SGD $60.00 untuk 2 hala. Kami akan membuat penyesuaian harga berdasarkan jarak perjalanan ke lokasi majlis.
Q3. Berapakah bayaran perkhidmatan menghantar dan mengambil kembali bagi barang-barang sewaan peralatan majlis?
J. Harganya bergantung kepada kuantiti dan saiz barang-barang sewaan. Ini termasuk harga perkhidmatan memasang dan menanggalkan peralatan sewaan. Anda boleh melihat pecahan harga-harga tersebut di laman Harga & Pakej bagi Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian.
Q4. Berapakah bayaran perkhidmatan menghantar bagi cenderahati / cenderamata / doorgift?
J. Harga khidmat penghantaran bagi cenderahati / cenderamata / doorgift adalah tertakluk kepada kuantiti dan lokasi. Penghantaran ke satu lokasi di Singapura adalah di antara SGD$25.00 – SGD$40.00.
GANTI RUGI
Q1. Adakah perlu dibayar ganti rugi sekiranya pihak saya menghilangkan atau merosakkan barangan atau peralatan yang disewa?
J. Pihak kami berhak menuntut ganti rugi sekiranya terdapat kejadian kehilangan atau kerosakan terhadap setiap barangan atau peralatan yang disewa daripada kami. Kami berharap ini tidak akan berlaku kerana kami percaya anda adalah pengguna yang bertanggungjawab terhadap segala barangan dan peralatan yang disewa. Namun, seandainya ini terjadi, anda perlu bertanggungjawab terhadap segala kehilangan atau kerosakan yang berlaku.
DISKAUN
Q1. Adakah saya boleh mendapatkan diskaun apabila menempah produk / pakej atau perkhidmatan yang ditawarkan?
J. Harga yang tertera adalah harga tetap. Ianya berdasarkan harga barangan, bahan, kos operasi dan mutu kerja untuk menyiapkan sesuatu produk, menjual atau memberikan sesebuah perkhidmatan.
Namun demikian, dari masa ke semasa, kami akan mengadakan promosi yang menjanjikan potongan harga buat produk / pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan, In Shaa Allah. Dari itu, selalulah melayari laman sesawang kami untuk menikmati promosi tawaran kami.