Terma & Syarat Serta Dasar Privasi
Terimakasih kerana melayari laman sesawang nurmajlis.com, yang dimiliki dan dikendalikan oleh nurmajlis.com. Sila baca Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi kami sebelum menghantar sebarang maklumat peribadi kepada kami.
Dengan melayari dan menggunakan nurmajlis.com, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi kami, tanpa sebarang modifikasi dan anda mengakui telah membacanya.
Terma yang digunakan iaitu ‘kami’, ‘nurmajlis.com’ dan ‘laman sesawang ini,’ merujuk kepada nurmajlis.com, yang beroperasi di Singapura. Terma ‘anda’ pula merujuk kepada pengguna dan pengunjung laman sesawang kami.
Terma Perkhidmatan Secara Umum
Dengan melayari dan menggunakan nurmajlis.com, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi kami beserta sebarang terma dan syarat tambahan yang berkaitan dengan sebarang bahagian laman sesawang ini atau produk dan perkhidmatan yang ditawarkan melaluinya. Melayari laman sesawang ini melalui apa juga cara, adalah merupakan satu penggunaan dan persetujuan anda untuk mematuhi Terma Perkhidmatan kami.
Kami berhak untuk mengubah Terma Perkhidmatan kami atau mengenakan syarat baru di dalam pengunaan laman sesawang ini dari semasa ke semasa, di mana kami akan menyatakan dengan jelas Terma Perkhidmatan yang telah disemak semula di laman sesawang ini. Dengan terus menggunakan laman sesawang ini setelah disemak semula, anda menerima dan bersetuju untuk mematuhi Terma Perkhidmatan yang telah dimodifikasikan dan dikemas kini.
Hak Harta Intelek
Laman sesawang ini beserta kesemua material atau bahan-bahan dan kandungan yang terdapat di dalamnya adalah hak milik nurmajlis.com dan tertakluk kepada undang-undang hak cipta, tanda dagangan dan harta intelek. Laman sesawang ini direka semata-mata untuk kegunaan peribadi bukan komersial anda.
Anda tidak diizinkan untuk menggunakan laman sesawang ini atau bahan-bahan yang terdapat di dalamnya dengan cara yang merupakan satu pelanggaran hak kami atau yang tidak diizinkan oleh kami. Lebih khusus lagi, melainkan telah dinyatakan di dalam Terma Perkhidmatan ini atau dari pihak kami sendiri iaitu, nurmajlis.com, anda tidak dibenarkan mengubah, menyalin, meniru, mengambil, menghasilkan atau menerbitkan semula, memuat naik, menghantar, mengalih bahasa, menjual, mereka kembali hasil rekaan dan terbitan kami, mengeksploitasi, atau mengedarkan dengan apa juga cara dan media (termasuk emel, atau cara elektronik yang lain) sebarang material atau bahan daripada laman sesawang ini.
Anda hanya dibenarkan, dari masa ke semasa, untuk memuat turun dan / atau mencetak satu mukasurat daripada mukasurat individu yang terdapat di dalam laman sesawang ini untuk kegunaan peribadi bukan komersial anda, dengan syarat anda mengikut semua notis hak cipta.
Anda juga dibenarkan untuk berkongsi kewujudan kami dan laman sesawang ini kepada umum seperti di laman media sosial untuk dinikmati bersama. Kesemua perkongsian perlulah memasukkan kredit kepada pencipta dan pemiliknya iaitu, nurmajlis.com.
Anda mengaku bahawa kami berhak tetapi tidak diwajibkan untuk menggunakan dan menyiarkan sebarang bahan yang disumbangkan oleh anda dan kami boleh berhenti untuk menggunakan dan menyiarkan sebarang bahan sedemikian bila-bila masa.
Anda tidak diizinkan untuk membuat hiperpautan atau hyperlink, framing atau inline link sebarang bahan, kandungan dan harta intelek dari laman sesawang ini atau memasukkannya ke dalam laman sesawang lain tanpa mendapat keizinan yang bertulis daripada kami.
Ciri Interaktif
Laman sesawang ini mengandungi servis emel yang membenarkan maklum balas dan interaksi bersama kami. Ianya juga mengandungi link atau pautan ke laman media sosial kami yang membenarkan pengunjung untuk berinteraksi dalam masa sebenar. Tanggungjawab di atas apa yang diposkan di laman pos umum atau yang dihantar melalui emel bergantung kepada diri setiap pengguna – anda bertanggungjawab di atas setiap bahan yang anda hantar atau poskan. Kami tidak mengawal dan bertanggungjawab di atas segala informasi yang anda keluarkan. Ianya adalah dengan cara anda menggunakan laman sesawang ini, anda tidak dibenarkan:
- Menyekat atau menghalang pengguna lain daripada melayari atau menikmati laman sesawang ini.
- Menggunakan laman sesawang ini untuk menyamar sebagai orang lain.
- Memasuk campur atau mengganggu sebarang server atau rangkaian yang digunakan untuk mengendalikan laman sesawang ini, atau tidak menghiraukan sebarang keperluan, prosedur, polisi, atau peraturan daripada rangkaian yang kami gunakan untuk laman sesawang ini.
- Menggunakan laman sesawang ini untuk menghasut atau mendorong sesiapa untuk melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang atau menyebabkan kecederaaan pada diri dan harta sesiapa.
- Mendapatkan atau cuba mendapatkan sebarang bahan atau informasi melalui apa juga cara yang tidak diadakan melalui laman sesawang ini.
- Menggunakan laman sesawang ini untuk pos atau menghantar sebarang informasi yang menyalahi undang-undang, seperti mengugut, berkata kesat, memfitnah, beraksi lucah, tidak sopan dan sebagainya atau menghasut sesiapa untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.
- Menggunakan laman sesawang in untuk pos atau menghantar sebarang informasi atau bahan yang menceroboh privasi atau hak publisiti umum atau yang dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan atau penerbitan tanpa memperolehi keizinan daripada pemiliknya.
- Menggunakan laman sesawang ini untuk pos atau menghantar sebarang informasi, software atau perangkat lunak serta bahan-bahan yang mengandungi virus atau mempunyai komponen yang merbahaya.
- Menggunakan laman sesawang ini untuk pos, menghantar atau mengeksploitasi sebarang informasi, perangkat lunak atau bahan untuk tujuan komersial atau yang mengandungi pengiklanan.
- Menggunakan laman sesawang ini untuk mengiklan atau mendapatkan sesiapa untuk membeli atau menjual barangan atau perkhidmatan serta membuat derma, tanpa keizinan bertulis daripada kami.
- Mengambil atau mengumpulkan untuk tujuan pemasaran sebarang alamat emel atau informasi peribadi yang telah diposkan oleh pengguna di laman sesawang ini.
Kami tidak diwajibkan untuk memantau sebarang kandungan atau pos di media sosial. Namun, anda mengakui dan menyetujui bahawa kami mempunyai hak mutlak untuk memantau. Kami juga berhak untuk mengubah, menyunting, tidak memasukkan atau membuang pos atau kandungan, baik sebahagian atau kesemuanya, kerana sebab-sebab tertentu.
Batasan Liabiliti
Di bawah apa juga keadaan, termasuk, tetapi tidak terbatas kepada kecuaian, kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakkan atau ganti rugi yang dialami apabila menggunakan laman sesawang ini, atau kesukaran menggunakan laman sesawang ini termasuk emel, produk atau perkhidmatan yang diadakan melalui laman sesawang ini atau dari kami.
Anda mengakui secara spesifik dan menyetujui bahawa kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang fitnah, kelakuan yang menyakitkan atau salah dari segi undang-undang oleh pengguna.
Jika anda tidak berpuas hati dengan laman sesawang ini, bahan-bahan, produk atau perkhidmatan, atau dengan terma dan syarat kami, solusi yang sebaiknya buat anda adalah untuk berhenti menggunakan laman sesawang ini beserta produk, perkhidmatan dan / atau bahan-bahan yang dipersembahkan atau ditawarkan.
Laman sesawang ini sentiasa dalam pembangunan dan kami tidak memberikan sebarang jaminan, baik yang tersirat atau diluahkan, bahawa ianya tepat, lengkap atau sesuai untuk sebarang tujuan.
Sebagai tambahan, anda dengan ini meluahkan dan melepaskan selamanya nurmajlis.com, daripada sebarang tindakkan undang-undang yang anda ada, mungkin ada, atau akan ada diatas sebab-sebab tertentu atau yang timbul melalui kegunaan laman sesawang ini dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Dasar Pembayaran Balik
Pembelian, penyewaan produk atau perkhidmatan tidak akan diberi sebarang pembayaran balik. Sekiranya terdapat produk yang kurang memuaskan di saat penghantaran atau penyerahan, kami akan menggantikan dengan yang baru.
Penafian
Dasar ini mungkin akan ditukar pada bila-bila masa oleh kami. Seandainya kami menyemak semula dasar ini, kami akan menyatakan semakan terbaru di mukasurat ini.
Dasar Privasi
Tarikh kuat kuasa: 15 Februari 2020
Dasar privasi di bawah ini mentadbirkan informasi online yang diberikan dan dikumpulkan oleh nurmajlis.com. Secara spesifik, ianya menggariskan jenis informasi yang kami kumpulkan mengenai anda semasa anda menggunakan laman sesawang ini, dan cara kami menggunakan informasi yang diberikan dan dikumpulkan.
Sila baca dengan teliti dasar privasi kami. Dengan menziarahi dan melayari laman sesawang ini, anda bersetuju bahawa sebarang pertikaian mengenai privasi, ditadbirkan melalui dasar privasi ini. Oleh kerana laman sesawang adalah sesuatu media yang senantiasa berubah-ubah, kami mungkin perlu menukar dasar privasi kami setiap ketika di masa hadapan, dan kami akan menyatakan dasar privasi yang telah disemak semula serta tarikh ianya dikuat kuasakan di mukasurat ini. Dengan terus menggunakan laman sesawang ini setelah ianya disemak semula, anda bersetuju dengan dasar privasi yang telah dikemas kini.
Bagaimana Kami Mengumpulkan Dan Menggunakan Informasi
Kami akan mengumpulkan dan menyimpan informasi peribadi anda yang telah anda berikan secara sukarela kepada kami semasa menggunakan laman sesawang ini (sebagai contoh, semasa anda menggunakan laman sesawang ini atau berinteraksi melalui emel).
Kami hanya akan menghubungi pengguna atau pengunjung laman sesawang ini yang meminta dihubungi atau yang telah membeli produk kami. Kami mengumpul sendiri informasi berkaitan identiti daripada pengguna semasa pendaftaran atau pembelian. Secara am, informasi ini termasuk nama, nombor telefon, alamat emel serta alamat peribadi yang diberikan untuk menerima perkhidmatan kami. Semua informasi ini diberikan kepada kami oleh anda.
Sila ingat bahawa setiap kali anda secara sukarela memberi maklumat peribadi melalui online untuk dilihat oleh pihak ketiga, baik di laman sesawang ini atau yang lainnya – sebagai contoh, melalui emel atau bilik perbincangan, informasi anda boleh dilihat, dikumpulkan dan digunakan oleh mereka, selain anda dan kami. Kami tidak bertanggungjawab jika informasi tersebut digunakan oleh pihak ketiga tanpa kuasa.
Kami tidak akan menjual, mengedarkan atau memajakkan informasi peribadi anda kepada pihak ketiga melainkan dengan keizinan dari anda atau diperlukan oleh undang-undang untuk berbuat demikian.
Kami Di Sini Untuk Membantu
Terimakasih kerana meluangkan masa untuk membaca Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi kami. Seandainya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami.