nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Terma & Syarat

Terma & Syarat Kami nurmajlis.com

TERMA & SYARAT TEMPAHAN PAKEJ PERKHIDMATAN KAMI:

Kami ingin memaklumkan kepada anda mengenai terma dan syarat penempahan dan pembayaran sebelum anda membuat sebarang tempahan pakej perkhidmatan kami. Ini perlu untuk mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham agar semua yang terlibat akan berada di muka surat yang sama dan saling memahami peranan serta tanggungjawab masing-masing ketika berurusan. Dengan membuat tempahan perkhidmatan kami, ianya bermakna anda setuju dan terikat dengan terma dan syarat yang terkandung di bawah ini.

SILA BACA KESELURUHAN TERMA DAN SYARAT BERIKUT DENGAN TELITI…

1) Tempahan Gubahan Barangan Hantaran 
  • Tempahan haruslah dibuat 1 bulan setengah sebelum tarikh majlis.
  • Kesemua barangan hadiah yang hendak dibuat hantaran mestilah diserahkan kepada kami dalam tempoh yang sama.
  • Barang-barang yang bernilai seperti barang kemas, jam tangan dan wang hantaran, mahar atau cheque sekiranya ada, tidak perlu diserahkan kepada kami atas dasar keselamatan. Kami hanya mengambil kotak atau bekasnya sahaja untuk digubah. Anda bolehlah meletakkan barang-barang tersebut ke atas bekas-bekas atau dulang-dulang yang siap kami gubah khas dan serahkan kepada anda nanti. Kami sedia membantu sekiranya anda memerlukan bantuan tambahan. (harga & pakej)

2) Tempahan Gubahan Kek & Manisan, Pulut Kuning, Bunga, Buah & Sayur Serta Hamper Makanan
  • Tempahan haruslah dibuat 1 bulan setengah sebelum tarikh majlis.
  • Setiap tempahan manisan seperti Pudding dan Kuih Muih akan kami buat dalam masa 48 jam sebelum majlis bermula. Tempahan untuk Biskut dan Kek pula akan kami buat sekurang-kurangnya dalam minggu sebelum majlis diadakan.
  • Setiap tempahan Pulut Kuning juga akan dimasak dan digubah kurang 48 jam sebelum majlis bermula.
  • Setiap tempahan Bunga, Buah Dan Sayur akan kami gubah dalam masa 24 jam sebelum majlis bermula.
  • Tempahan yang berunsur makanan akan kami tangguh membuatnya sehingga dekat pada harinya untuk menjaga dan memastikan kesegarannya. (harga & pakej)

3) Tempahan Gubahan Masjid Cokelat dan Biskut, Cokelat & Gula-gula
  • Setiap tempahan gubahan Masjid Cokelat dan gubahan Biskut Cokelat dan Gula-gula haruslah dibuat 1 bulan setengah sebelum majlis.
  • Anda boleh memilih pilihan bentuk rekaan yang diingini. Kami akan cuba merealisasikannya, In Shaa Allah.
  • Hasil bentuk gubahan bergantung pada jenis biskut, cokelat dan gula-gula yang dipilih. (harga & pakej)

4) Tempahan Gubahan Tepak Sireh
  • Tempahan haruslah dibuat 1 bulan setengah sebelum tarikh majlis.
  • Untuk tempahan yang menggunakan bunga segar beserta ramuan tradisional, gubahan akan kami lakukan sehari sebelum majlis diadakan supaya kesegaran bunga dan bahan-bahan dapat dipastikan.
  • Anda tidak dinasihatkan untuk meminta dipercepatkan penghantaran gubahan yang menggunakan bahan-bahan di atas kerana pihak kami mahu memastikan kesegaran bahan-bahan yang digunakan di dalam gubahan tersebut pada hari majlis. (harga & pakej)

5) Tempahan Gubahan Sireh Junjung / Sireh Dara dan Bunga Pahar / Bunga Telur
  • Tempahan haruslah dibuat 1 bulan setengah sebelum tarikh majlis.
  • Gubahan Sireh Junjung / Sireh Dara akan kami lakukan sehari sebelum majlis diadakan supaya kesegaran bunga dapat dipastikan.
  • Telur-telur dan pulut kuning (sekiranya ada) untuk gubahan Bunga Pahar / Bunga Telur juga akan direbus, dimasak dan disiapkan sehari sebelum berlangsungnya majlis untuk menjaga kesegarannya.
  • Anda tidak dinasihatkan untuk meminta dipercepatkan penghantaran kedua-duanya kerana pihak kami mahu memastikan kesegaran bahan-bahan yang digunakan di dalam gubahan-gubahan tersebut pada hari majlis. (harga & pakej)

6) Tempahan Gubahan Bunga Rampai /Potpourri
  • Tempahan haruslah dibuat 1 bulan setengah sebelum tarikh majlis.
  • Untuk tempahan yang menggunakan hirisan daun pandan, bunga-bungaan beserta bahan-bahan segar, gubahan akan kami lakukan sehari sebelum majlis diadakan supaya kesegaran bunga dan bahan-bahan dapat dipastikan.
  • Anda tidak dinasihatkan untuk meminta dipercepatkan penghantaran gubahan yang menggunakan bahan-bahan di atas kerana pihak kami mahu memastikan kesegaran bahan-bahan yang digunakan di dalam gubahan tersebut pada hari majlis. (harga & pakej)

7) Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik

Kami mengutamakan kerjasama dari anda untuk menjayakan perkhidmatan reka bentuk grafik ini.

Proses Kerja 

  1. Anda memaklumkan perkhidmatan yang diinginkan dan bersetuju dengan terma dan syarat perkhidmatan.
  2. Anda membuat pembayaran wang deposit sebanyak 50% atau penuh.
  3. Anda memberi semua bahan dan informasi yang diperlukan untuk kami buat rekaan.
  4. Kami memulakan proses mereka reka bentuk grafik.
  5. Kami menghantar draf rekaan kepada anda melalui email.
  6. Anda memaklumkan pindaan/ perubahan atau penambahan (jika ada).
  7. Anda dibenarkan membuat pindaan draf sebanyak 2 kali.
  8. Kami akan memantapkan kerja-kerja reka bentuk yang sewajarnya.
  9. Anda dikehendaki meluluskan draf rekaan akhir sebelum pencetakan.
  10. Baki bayaran perlu dilunaskan
  11. Kami akan menghantar hasil produk kepada anda.

* SILA KLIK untuk penjelasan lanjut mengenai Proses Kerja serta Terma Dan Syarat Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik.

8) Perkhidmatan Menghias Kamar Pengantin
  • Tempahan haruslah dibuat 1 bulan setengah sebelum tarikh majlis.
  • Kerja-kerja menggerudi atau memaku tidak akan dilakukan terhadap dinding atau siling kamar di dalam proses memasang dan menghias.
  • Pihak kami akan menziarah kamar yang dimaksudkan terlebih dahulu supaya rekaan yang bersesuaian dapat dirancang dan disediakan sebelum tarikh tugasan hiasan sebenar dilakukan.
  • Tugasan menghias kamar akan dimulakan seminggu sebelum majlis.
  • Kami akan tanggalkan barang-barang sewaan tersebut pada hari berikutnya selepas majlis. (harga & pakej)

9) Perkhidmatan Menghias Kereta Pengantin
  • Tempahan haruslah dibuat 1 bulan setengah sebelum tarikh majlis.
  • Tugasan menghias kereta akan dilakukan sehari sebelum berlangsungnya majlis.
  • Kami akan tanggalkan perhiasan dari kereta tersebut pada hari berikutnya selepas majlis. (harga & pakej)

10) Perkhidmatan Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
  • Tempahan untuk Set Tepung Tawar Asli Tembaga Perak haruslah dibuat 1 bulan sebelum tarikh majlis untuk mengelakkan kekecewaan. 
  • Peralatan barang sewaan untuk majlis akan dihantar, dipasang dan diatur sehari sebelum berlangsungnya majlis.
  • Tempahan haruslah dibuat 1 bulan setengah sebelum tarikh majlis.
  • Kami akan menanggalkan barang-barang sewaan tersebut setelah selesainya majlis. (harga & pakej peralatan sewaan)
  • Perkhidmatan menghantar, memasang, menanggalkan dan mengambil kembali untuk Sewaan Peralatan untuk Majlis & Keramaian adalah termasuk di dalam pakej perkhidmatan kami.
11) Penukaran Dan Tambahan Pada Tempahan Produk / Pakej Dan Perkhidmatan Yang Telah Dibuat
  • Setelah membuat pilihan produk / pakej dan perkhidmatan yang kami tawarkan, penukaran tempahan atau pakej hanya boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas tarikh tempahan dibuat. Setelah tempoh ini berlalu, kerja-kerja merancang, mereka, menggubah, membuat dan sebagainya akan segera kami mulakan kerana kami memerlukan masa untuk melaksanakan sesebuah tempahan supaya dapat menjaga kualiti hasil kerja tangan serta perkhidmatan yang diberi. Ini juga dapat memastikan kami dapat melaksanakan tempahan anda tepat pada harinya.
  • Namun demikian, sekiranya anda mempunyai alasan yang munasabah untuk membuat penukaran selepas tempoh yang diberikan, kami akan cuba mempertimbangkannya kerana ianya juga tertakluk kepada tahap perlaksanaan tugasan yang telah kami mulakan. 
  • Begitu juga dengan tambahan pada tempahan atau pakej perkhidmatan sekiranya ada, bolehlah anda buat di dalam tempoh 24 jam ini. Kami akan cuba menerimanya sekiranya ianya di dalam kawalan dan keupayaan kami. 

12) Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Kami akan menghantar dan menyerahkan tempahan barangan hantaran kepada anda 3 hari sebelum majlis diadakan. Jika di antaranya terdapat tempahan kek dan manisan, pulut kuning beserta rendang atau bunga, buah dan sayur, kami akan menghantarnya sehari atau beberapa jam sebelum majlis berlangsung. Barangan sewaan bekas / dulang hantaran, aksesori, alas dulang dan lainnya akan kami ambil pada hari yang berikutnya dari lokasi majlis.
  • Tempahan untuk Sireh Junjung / Sireh Dara dan Bunga Pahar / Bunga Telur pula akan dihantar sehari sebelum majlis. Bekas / rangka gubahan dan aksesori akan kami ambil pada hari yang berikutnya dari lokasi majlis.
  • Tugasan menghias kamar akan dimulakan seminggu sebelum majlis. Kami akan tanggalkan barang-barang sewaan tersebut pada hari berikutnya selepas majlis.
  • Tempahan untuk perkhidmatan Sewaan Peralatan untuk Majlis & Keramaian akan dimulakan, dipasang dan diatur sehari sebelum berlangsungnya majlis. Kami akan tanggalkan barang-barang sewaan tersebut setelah selesainya majlis.
  • Perkhidmatan menghantar dan mengambil kembali untuk tempahan Gubahan Barangan Hantaran, Makanan, Sireh Junjung / Sireh Dara dan Bunga Pahar / Bunga Telur adalah di antara tawaran perkhidmatan kami kerana banyak manfaatnya. Khidmat menghantar & mengambil kembali adalah SGD$60.00 untuk 2 hala, & tertakluk kepada kuantiti tempahan serta jarak perjalanan.
  • Bagi Sewaan Peralatan untuk Majlis & Keramaian, perkhidmatan menghantar dan mengambil kembali serta memasang dan menanggalkan adalah termasuk di dalam pakej perkhidmatan yang kami tawarkan ini. Harganya bergantung kepada kuantiti dan saiz barang-barang sewaan. Anda boleh melihat pecahan harga-harga tersebut di laman Harga & Pakej bagi Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian.
13) Bayaran Wang Cengkeram / Pendahuluan & Cagaran
  • Bayaran wang cengkeram / pendahuluan sebanyak 50% diperlukan untuk mengesahkan tempahan. Jika berlakunya pembatalan tempahan, wang ini tidak akan dipulangkan kembali.
  • Tempahan anda tidak dianggap sah tanpa pembayaran wang cengkeram / pendahuluan. Setelah bayaran diterima, barulah pengesahan tempahan perkhidmatan dibuat secara lisan dan bertulis, maka wujudlah persetujuan/ perjanjian berurus niaga di antara anda dengan kami.
  • Baki bayaran perlu anda jelaskan di saat penghantaran iaitu ketika kami menyerahkan barang tempahan kepada anda atau selesai memasang peralatan barang sewaan.
  • Cagaran berjumlah SGD$50.00 diperlukan untuk tempahan semua jenis gubahan hantaran, sireh junjung / sireh dara, bunga telur / bunga pahar dan perhiasan kereta, manakala cagaran berjumlah SGD$100.00 diperlukan untuk sewaan peralatan majlis dan perhiasan kamar. Ianya sebagai jaminan untuk barangan dan peralatan yang digunakan dan disewakan seperti bekas / dulang hantaran, rangka gubahan, aksesori, alas dulang, barangan menghias kamar, menghias kereta, peralatan bufet dan sebagainya. Cagaran ini akan kami kembalikan kepada anda sekiranya kondisi barang-barang tersebut kami terima kembali dalam keadaan baik.
14) Ganti Rugi
  • Pihak kami berhak menuntut ganti rugi sekiranya terdapat kejadian kehilangan atau kerosakan terhadap setiap barangan atau peralatan yang disewa daripada kami.
  • Kami berharap ini tidak akan berlaku kerana kami percaya anda adalah pengguna yang bertanggungjawab terhadap segala barangan dan peralatan yang disewa.
  • Namun, seandainya ini terjadi, anda perlu bertanggungjawab terhadap segala kehilangan atau kerosakan yang berlaku.
15) Tempahan Cenderahati / Cenderamata / Doorgift

TEMPAHAN

  • Anda boleh hubungi kami untuk membuat tempahan.
  • Setiap tempahan haruslah dibuat sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebelum tarikh majlis diadakan supaya kuantiti serta persembahan yang diingini dapat diaturkan dan disediakan.
  • Setiap tempahan tertakluk kepada penerimaan dan ketersediaan stok produk.
  • Setelah stok produk disahkan ada, anda perlu membayar wang cengkeram / pendahuluan sebanyak 50%. Anda akan diberikan invois pengesahan sebagai bukti perjanjian dan pembayaran.
  • Pembayaran bakinya boleh anda buat melalui pembayaran tunai / cek di saat keseluruhan produk tempahan diterima.
  • Penukaran produk tidak boleh dilakukan setelah wang cengkeram / pendahuluan dibayar. Ini adalah atas dasar perjanjian yang dibuat dengan pembekal kami. Dari itu, anda dinasihatkan supaya memilih produk dengan berhati-hati sebelum membuat sebarang tempahan. 
  • Anda tidak digalakkan untuk membatalkan tempahan setelah pembayaran wang cengkeram / pendahuluan dibuat kerana anda akan kehilangan kesemua wang cengkeram / pendahuluan yang telah dibayar.
  • Sebagai langkah keselamatan, pihak kami tidak menerima wang cengkeram / pendahuluan melalui internet banking. 
  • Seandainya stok produk yang telah ditempah dan dibayar tidak dapat kami perolehi di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, kami akan pulangkan wang cengkeram / pendahuluan anda secara keseluruhan.

PENGHANTARAN CENDERAHATI / CENDERAMATA / DOORGIFT

 Khidmat penghantaran adalah tertakluk kepada kuantiti dan lokasi. 

  • Penghantaran ke satu lokasi di Singapura adalah di antara SGD$25.00 – SGD$40.00.

PULANGAN & PEMBAYARAN BALIK

  • Pihak kami tidak menerima atau memproses pulangan dan pembayaran balik produk.
  • Semua produk akan kami pastikan berada di dalam keadaan baik di saat penghantaran dan penyerahan. (harga & pakej produk cenderahati / doorgift)
* Kami amat mengalu-alukan penempahan yang dibuat jauh lebih awal dari tempoh yang dinyatakan di sini. Namun bayaran wang cengkeram/ pendahuluan tetap dikenakan.
* Sekiranya terdapat permintaan saat akhir yang terdesak dari pelanggan yang sedia ada atau yang baru, kami akan cuba terima seandainya ada tenaga tambahan dari pihak kami yang boleh melaksanakannya.
Harap maklum. Terimakasih.
SEMOGA KOLABORASI YANG BERJAYA DAPAT DIJALINKAN!

Kembali Ke Atas

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi