nurmajlis.com

  • Utama
  • Pengenalan
    • Selamat Datang
    • Cerita Kami
    • Penerangan Logo
    • Manfaat Tawaran
    • Testimoni
  • Perkhidmatan
    • Gubahan
    • Reka Bentuk Grafik
    • Menghias Kamar Pengantin
    • Menghias Kereta Pengantin
    • Cenderahati / Doorgift Untuk Majlis
    • Sewaan Peralatan Majlis & Keramaian
    • Penghantaran & Pengambilan Kembali
  • Portfolio
  • Tawaran
    • Harga & Pakej
    • Terma & Syarat
    • Soalan Lazim (FAQs)
  • Hubungi
  • Artikel
    • Bangsa-bangsa Lain Bersanding Mengikut Adat Istiadat Melayu
    • Isu Majlis Perkahwinan Melayu Sekarang: Diberi Nafas Baru Ataupun Penghakisan Budaya?
    • Hampir 90% Berpendapat Perkahwinan Melayu Banyak Dicemari Unsur Luar

Terma & Syarat Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik

  • Kami memberi khidmat reka bentuk grafik termasuk menghasilkan cetakan dalam bentuk yang dikehendaki.
  • Tempahan untuk banner, poster dan dekorasi backdrop haruslah dibuat 2 bulan sebelum tarikh majlis. Tempahan untuk kad jemputan pula perlu dibuat 3-6 bulan sebelum tarikh majlis. Namun demikian, anda boleh hubungi kami seandainya terdapat keperluan yang mendesak atau last minute, supaya kami dapat mempertimbangkannya dan tetap membantu anda walaupun dalam masa yang singkat atau terhad. 
  • Sekiranya anda mahu menggunakan gambar / foto / imej anda bersama pasangan atau mereka yang ingin diraikan, anda perlu memberinya dalam bentuk digital yang beresolusi tinggi / 300dpi atau terang dan tajam untuk kami gunakan di dalam reka bentuk grafik yang diinginkan. Format file gambar boleh diberikan dalam bentuk (.ai), (.psd), (.pdf), (.jpg).
  • Setelah tempahan, wang cengkeram / pendahuluan sebanyak 50% atau penuh dan bahan serta informasi berkaitan produk diberikan, kami akan menyediakan draf reka bentuk grafik pertama dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja dan menghantar melalui emel kepada anda. Dari itu, anda perlulah bertindak cepat memberikan bahan / informasi yang diperlukan supaya kami dapat segera membuat rekaan yang ditempah. Setelah menerima draf pertama, anda dikehendaki menyemak dan memberi maklum balas dengan secepat mungkin. Setelah mendapat maklum balas daripada anda yang berkaitan rekaan draf pertama, pindaan sewajarnya akan dibuat untuk mencapai objektif projek.
  • Pindaan untuk draf kedua akan dibuat dalam tempoh 1 hingga 2 hari juga. Anda dibenarkan membuat pindaan draf sebanyak 2 kali sahaja. Bayaran tambahan akan dikenakan jika pindaan yang dibuat melibatkan perubahan besar yang melebihi 50% dari reka bentuk asal yang kami berikan.
  • Setelah draf rekaan kami anda luluskan, tiada lagi perubahan yang boleh dibuat. Namun, permintaan untuk membuat perubahan kecil seperti, ayat atau reka bentuk yang kecil mungkin akan dapat kami tunaikan untuk anda.
  • Produk rekaan hanya akan dicetak setelah diluluskan oleh anda. Proses mencetak akan memakan masa seperti berikut dari tarikh persetujuan draf:
  1. Produk poster – 1- 2 hari
  2. Produk banner dan backdrop – 1 – 2 hari
  3. Produk mencetak kad jemputan – antara 2 hari hingga satu minggu (bergantung kepada kuantiti kad yang perlu dicetak)

Oleh kerana pencetakan kad jemputan akan memakan masa yang lebih, anda dinasihati supaya merancang masa anda dengan berhati-hati supaya dapat menikmati masa yang selesa untuk menghantar kad kepada para jemputan.

Walau bagaimanapun, dalam kes di luar kawalan kami seperti kami tidak menerima maklum balas untuk draf yang telah siap dalam satu tempoh yang telah ditetapkan tanpa sebarang sebab, anda akan dikenakan caj tambahan. Ini untuk memastikan kelancaran urusan antara anda dan kami.

Anda juga perlu bersiap sedia untuk kemungkinan berlakunya sedikit kelewatan yang disebabkan oleh situasi-situasi seperti berikut:

  1. Daripada tempahan, pencetakan sehingga penghantaran, tempoh siap amat tertakluk kepada:
    • draf rekaan akhir yang diluluskan,
    • kerjasama anda (bahan / informasi, semakan draf, pembayaran),
    • jadual operasi (masa tutup untuk tempahan, waktu /hari operasi ),
    • kelancaran khidmat penghantaran.
  2. Beberapa perkara boleh mengganggu tempoh proses:
    • intrikasi dan kerumitan rekaan,
    • kegagalan pelanggan beri kerjasama,
    • kesilapan draf rekaan,
    • cuti umum (untuk kerja pencetakan)

Oleh itu, anda digalakkan membuat tempahan lebih awal untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

* Pembatalan Tempahan

  1. Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat sebelum proses rekaan bermula dan percetakan dijalankan.
  2. Seandainya pembatalan dibuat selepas draf reka bentuk grafik diberikan, wang cengkeram / pendahuluan anda tidak akan kami kembalikan.
  3. Seandainya pembatalan dibuat setelah proses percetakan telah dimulakan, anda perlulah membuat pembayaran mengikut peringkat kerja yang telah disiapkan.

* Hak Cipta (Copyright)

Hak cipta hasil produk / kerja rekaan akhir adalah milik anda setelah kami menerima pembayaran sepenuhnya. Jika anda mengkehendaki fail asal (vektor) reka bentuk grafik, kami akan memberikannya secara percuma dalam format JPG atau PNG.

* Pengunaan Semula

Pihak kami berhak memaparkan mana-mana hasil kerja rekaan reka bentuk grafik yang telah kami reka untuk para pelanggan bagi tujuan promosi sama ada di laman web kami, facebook, portfolio atau media cetak.

*Pihak kami juga menyediakan Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik dalam bentuk cetakan dan digital untuk pelbagai keperluan peribadi, urusan serta perusahaan anda seperti mempromosi produk, syarikat dan iklan selain untuk majlis.

Harap maklum. Terimakasih.

kembali ke laman Terma & Syarat Tempahan Pakej Perkhidmatan Kami atau Reka Bentuk Grafik

nurmajlis.com

Misi kami adalah untuk menyediakan beberapa perkhidmatan bagi menjayakan Majlis seperti Pertunangan, Perkahwinan serta Keramaian berskala sederhana demi menghidupkan warisan budaya dan adat tradisi Masyarakat Melayu di Singapura. Kami komited untuk menyinarkan Majlis anda, In Shaa Allah. 

Kenali kami

Laman Utama
Selamat Datang
Cerita Kami
Manfaat Tawaran
Portfolio
Harga & Pakej
Terma & Syarat

Soalan Lazim (FAQs)
Testimoni

Khidmat kami

Gubahan Tepak Sireh
Gubahan Cincin & Wang Hantaran
Gubahan Mas Kahwin/Mahar
Gubahan Barang Hantaran Bertema
Gubahan Bertema Budaya
Gubahan Kek & Manisan
Gubahan Pulut Kuning
Gubahan Masjid Cokelat
Gubahan Biskut, Cokelat & Gula-Gula
Gubahan Bunga, Buah & Sayur
Gubahan Hamper Makanan
Gubahan Sireh Junjung/Sireh Dara
Gubahan Bunga Pahar/Bunga Telur
Gubahan Bunga Rampai/Potpourri
Gubahan Bunga Tangan Pengantin
Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik
Perkhidmatan Menghias Kamar
Perkhidmatan Menghias Kereta
Perkhidmatan Cenderahati/Doorgift
Perkhidmatan Sewaan Peralatan
Penghantaran/Pengambilan Kembali

Ikuti kami

  • Facebook
  • Instagram

Mari berinteraksi

Hubungi

Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 5 petang

Terimakasih Di Atas Masa Anda!

 

Hak Cipta Terpelihara © 2025 nurmajlis.com . Terma & Privasi