“Kami sekeluarga berasa sayang untuk menanggalkan serta memakan semua hiasan cokelat-cokelat gubahan masjid ini kerana cantik sangat! Kami meletakkannya di ruang tamu untuk dijadikan perhiasan buat beberapa bulan. Sahabat kami dari bangsa Tionghua yang berkunjung ke rumah berasa kagum apabila melihatnya. Anak kakak (adik pengantin) pula suka sangat sehingga mengambil gambar gubahan masjidnya untuk dijadikan wallpaper di telefon bimbitnya!”
– Puan Fakriyah, Ibu Pengantin (Testimoni Lisan Untuk GUBAHAN MASJID COKELAT – ‘MASJID NUR IMAN’ untuk Majlis Pertunangan Anak Lelakinya)
___________∗∗∗___________
“Gubahan Hantaran menggunakan kain songket cantik! Lain daripada yang lain dan cara songketnya direka belum pernah dibuat orang! Ketika kami mengambil hadiah-hadiah barang hantarannya, kami berhati-hati dan susun balik penitinya elok-elok kerana sayang kalau merosakkan apa-apa. Anak kakak (pengantin) kata semua tag nama pun dia hendak ambil sekali kerana terdapat namanya!;
“…ini orang punya tau mak, sebab nama orang ada di sini!” katanya.
Sireh Junjungnya pula tinggi dan cantik!”
– Puan Fakriyah, Ibu Pengantin (Testimoni Lisan Untuk GUBAHAN BARANG HANTARAN BERTEMA SONGKET & SIREH JUNJUNG untuk Majlis Perkahwinan Anak Lelakinya)
___________∗∗∗___________
“Set gubahannya cantik dan lain daripada yang lain.”
– Puan Afidah (Testimoni Lisan Untuk SET GUBAHAN BARANG HANTARAN BERTEMA TAMAN BUNGA RUSTIC untuk Majlis Pertunangan)
___________∗∗∗___________
“Cantik sungguh gubahannya! Semua yang melihat berasa amat terpegun! Alhamdulillah, terimakasih banyak!”
– Tuan Sahar, Bapa Pengantin (Testimoni Lisan Untuk SET GUBAHAN BARANG HANTARAN BERTEMA COUNTRY RUSTIC untuk Majlis Pertunangan Anak Perempuannya)
___________∗∗∗___________
“Ciri-ciri tradisional yang digabungkan sungguh cantik sekali! Warna telurnya cantik kemerahan. Sungguh lain daripada yang lain.”
– Puan Hajjah (Testimoni Lisan Untuk GUBAHAN BUNGA PAHAR/ BUNGA TELUR ‘SIGNATURE’ untuk Majlis Perkahwinan)
___________∗∗∗___________
“Awak yang reka? Cantiknyeee!!!… Kami semua sudah ‘chope’ dan tak sabar hendak mengambilnya untuk dibawa pulang setelah selesai Majlis nanti!”
– Puan Senah beserta makcik-makcik pengantin yang lain (Testimoni Lisan Untuk GUBAHAN BUNGA PAHAR/ BUNGA TELUR ‘SIGNATURE’ untuk Majlis Perkahwinan)
___________∗∗∗___________
“Thank you very much! I love it so much!“
– Puan Sapinah, Makcik Pengantin (Testimoni Lisan Untuk POSTER REKA BENTUK GRAFIK untuk Majlis Perkahwinan)
___________∗∗∗___________
“The wedding Poster/Photo done up by my aunt was beautiful. It includes an Islamic quote which symbolizes love and marriage. Thank you for the gift which complements the whole wedding decor.“
– Puan Norhayati, Pengantin (Testimoni Untuk POSTER REKA BENTUK GRAFIK untuk Majlis Perkahwinan)
___________∗∗∗___________
“Disebabkan ini adalah Majlis Walimatulurus yang pertama, saya hampir terlepas pandang soal Sireh Junjung dan Bunga Pahar dimana terasa perlu ada kerana ia sebagai pelengkap adat resam Melayu. Malah sejak zaman berzaman Sireh Junjung antara barang yang wajib ada dalam istiadat perkahwinan. Walaupun ada yang kata ia nya membazir!
Selain menjadi penyeri dan pelengkap majlis, hantaran ini membawa maksud tersirat iaitu sebagai lambang kehidupan berumahtangga yang ada suka dan dukanya. Begitu juga Sireh Junjung yang digubah menggunakan daun sireh dan campuran beberapa bahan lain seperti bunga-bungaan segar.
Mengikut tradisi Melayu terdapat perbezaan penyediaan Sireh Junjung untuk pengantin lelaki dan perempuan. Bagi pihak lelaki, Sireh Junjung hendaklah lebih tinggi berbanding gubahan Sireh Junjung pihak perempuan untuk menunjukkan peranan dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga.
Terimakasih Nurbaini Syamad kerana telah memperkenalkan NURMAJLIS.COM.
Terimakasih juga kepada Puan Siti dan ibunya kerana mengambil tempahan saya dan menghasilkan kerja tangan yang memuaskan seperti yang saya inginkan. Alhamdulillah. Tidak ketinggalan Bunga Pahar “Signature” dari NURMAJLIS iaitu “Bakul Rezeki” yang menjadi perhatian dan rebutan para tetamu!“
“In Shaa Allah tahun hadapan saya nak tempah lagi.”
– Puan Fauziah Aj Rahim (Testimoni Untuk GUBAHAN SIREH DARA BUNGA MAWAR MERAH dan BUNGA PAHAR/ BUNGA TELUR ‘SIGNATURE’ untuk Majlis Perkahwinan)
___________∗∗∗___________
“Dari pengantin baru, kami amat terharu dengan gubahan bunga sireh dara yang disediakan oleh Nur Majlis. Bintang pertunjukan nya adalah bunga mawar pelangi yang membawa ‘WOW’ faktor. Dipamerkan dengan bunga mawar putih dan bunga ‘Baby Breath’, bunga sireh dara itu menarik perhatian tetamu pengantin.
Bunga sejambak yang disediakan untuk pengantin perempuan pula sepadan dengan baju pengantin. Dihiasi dengan bunga orkid putih dan lalang, gubahan bunga sejambak itu menggembirakan mata para tetamu yang menghadiri majlis itu. Walaupun majlis kami diadakan sempena Valentine’s Day dan Tahun Baru Cina, Nur Majlis tetap berjaya memberikan perkhidmatan yang luar biasa, Terima Kasih Nur Majlis!”
– Pasangan Pengantin Alif dan Hidayah (Testimoni Untuk GUBAHAN SIREH DARA BUNGA MAWAR PELANGI dan BUNGA TANGAN PENGANTIN – ‘BUNGA ORKID & DEDAUN KERING’ untuk Majlis Perkahwinan)
___________∗∗∗___________
“Alhamdulillah Sireh Dara nya unik sekali dan menarik.“
– Tuan Amran, bapa pengantin lelaki (Testimoni Untuk GUBAHAN SIREH DARA BUNGA MAWAR PELANGI dan BUNGA TANGAN PENGANTIN – ‘BUNGA ORKID & DEDAUN KERING’ untuk Majlis Perkahwinan)
___________∗∗∗___________
“Terimakasih atas segalanya pada Puan Siti dan ibunya yang telah menyiapkan tempahan saya iaitu ‘Kek’ pulut kuning dua tingkat yang telah dihias dengan bunga gula. Juga disiapkan adalah pulut kuning berlapis rendang yang diisi dalam bekas-bekas kecil berbentuk ‘heart’.
Pulutnya lembut dan lemak manakala rendang daging pula terasa enaknya.
Set pulut kuning dimeja atas pentas pelaminan telah dihias cantik dan disusun menarik… alhamdulillah.
Bunga pahar telur yang turut ditempah telah disiapkan sepertimana yang diinginkan dengan warna pilihan, teratur rapi di pendiri.
Saya berpuas hati berurusan dengan Puan Siti dengan khidmat baik yang diberikan. Beliau cepat dalam memberikan jawapan pada setiap pertanyaan saya, bertanggung jawab serta penuh amanah.
Terimakasih atas doa yang ditujukan kepada anak dan menantu saya…Aamiin Allahumma Aamiin.
Syabas Nurmajlis…semuga perniagaan bertambah maju…Aamiin Ya Rabbal Alaamiin.“
– Puan Tuti (Testimoni Untuk SET KEK PULUT KUNING BESERTA RENDANG dan BUNGA PAHAR/ BUNGA TELUR ‘JAMBANGAN BUNGA’ untuk Majlis Perkahwinan)
___________∗∗∗___________
“Gubahan yang sangat menarik. Hadiah untuk anak saudara… Anak saudara dan ibunya sangat gembira dengan gubahan yang cantik. Sangat memuaskan. In Shaa Allah akan membuat tempahan lagi di lain masa.“
– Puan Faizah (Testimoni Untuk SET GUBAHAN BARANG HANTARAN BERTEMA COUNTRY RUSTIC untuk Majlis Pertunangan Anak Saudaranya)
___________∗∗∗___________
“Gubahannya cantik, tidak seperti yang selalu dilihat.
Bunga rampainya pula cantik dan sangat comel, diletakkan di dalam beg kecil. Bunga rampai fresh yang digunakan, harumnya tahan beberapa hari.
Hiasan kereta yang dibuat dengan penuh teliti unik sekali sehingga ramai hadirin jemputan tertanya dan meminta contacts mereka!“
– Tuan Azreen (Testimoni Untuk GUBAHAN MAS KAHWIN/MAHAR TEMA WARNA UNGU ROYALTI, BUNGA RAMPAI BEG & HIASAN KERETA PENGANTIN “BUNGA CINCIN” untuk Majlis Pernikahan)
___________∗∗∗___________